
DUN Melaka – Ibrahim dilantik Speaker baharu
SERI NEGERI 27 Dis – Bekas Exco, Datuk Wira Ibrahim Durum dilantik menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas.
Ibrahim adalah satu-satunya nama yang dicadangkan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang kemudian disokong Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), V P Shanmugam.
Pemilihan itu telah mendapat sokongan daripada 15 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), sementara lima berkecuali dan lapan orang tidak hadir.
Beliau kemudiannya mengangkat sumpah pada jam 9.50 pagi dan memberikan ucapan pertamanya sebagai Speaker DUN Melaka
Nama Ibrahim bukan lagi asing dalam landskap politik negeri ini.
Anak jati Kuala Sungai Baru itu aktif dalam dunia politik sejak 1985 dan menjadi ADUN pada 1989.
Pada 1990 beliau kemudiannya dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk tempoh empat penggal sehingga tahun 2004.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MIHF 2026 SASAR 530 USAHAWAN, NILAI JUALAN RM20 JUTA
PENGKALAN BATU 3 Julai - Melaka kembali menjadi tumpuan industri halal dalam dan luar negara pada 7 hingga 9 Ogos...
DUN SERKAM TERIMA DUA MASJID BAHARU
SERKAM 3 Julai - Komitmen Kerajaan Negeri untuk terus menyuburkan syiar Islam diterjemahkan menerusi pembinaan dua lagi masjid baharu di...
TYT RASMI MASJID JAMEK AL-FAIZIN KAMPUNG BUKIT TEMBAKAU
SERKAM 3Julai - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Jamek...
MELAKA PERKUKUH EKOSISTEM HALAL, LAHIR AUDITOR KOMPETEN
PENGKALAN BATU 3 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) komited untuk melahirkan lebih ramai pegawai pemeriksaan...
‘RUMAH NENEK PATIMAH SUDAH TAK BOCOR’
SERKAM 3 Julai - Patimah Jantan, 71, tidak berhenti tersenyum kegembiraan selepas melihat kediamannya yang sebelum ini uzur dan berusia...
MELAKA LAKSANA HUKUMAN TEGAS BAGI KES JENAYAH SYARIAH
PENGKALAN BATU 3 Julai - Pesalah jenayah syariah di Negeri Melaka bakal berdepan hukuman lebih tegas menerusi penguatkuasaan semua bentuk...
