
Bajet 2022 – Bantuan One-Off pembukaan SSPN-I RM150 bayi lahir 27 Dis
SERI NEGERI 27 Dis – Kerajaan negeri memberikan bantuan One-Off melalui pembukaan akaun SSPN-I bernilai RM150 bagi setiap kelahiran bayi baharu pada 27 Dis (hari ini) bermula 12 tengah malam tadi sehingga 11.59 malam ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, bantuan itu sebagai penghargaan kepada ibu-ibu yang menyambut kelahiran bayi comel mereka hari ini.
“Kepada ibu-ibu yan g menyambut kelahiran bayi comel, mereka bertuah pada hari ini bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 11.59 minit tengah malam ini buat bayi yang lahir di Negeri Melaka pada 27 Dis 2021 bantuan one Off diberikan melalui pembukaan akaun SSPN-I bernilai RM150.
“Cuma bayi yang lahir pada hari ini sahaja yang dapat RM150, untuk bayi yang lahir pada tarikh lain insya-Allah usah bimbang sabar sedikit saya akan umumkan juga sebentar sahaja nanti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembentangan Bajet 2022 Negeri Melaka ‘Stabil Melaka Makmur Bersama’ Kesejahteraan Rakyat di Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
