
Banjir: Lapan PPS ditutup, mangsa di Melaka semakin berkurangan
AYER KEROH 5 Jan – Seramai 1,117 mangsa banjir di negeri ini masih ditempatkan di 15 pusat pemindahan sementara (PPS).
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,256 mangsa sebelum ini.
“Sehingga tengah hari tadi seramai 1,117 mangsa daripada keluarga masih ditempatkan di 15 PPS di seluruh Melaka.
“Daerah Melaka Tengah merekodkan mangsa paling ramai dengan 566 orang diikuti Jasin, seramai 367 dan Alor Gajah, 184,” katanya.
Menurut beliau, sebanyak lapan PPS juga sudah ditutup selepas mangsa yang ditempatkan di sana dibenarkan pulang ke kediaman mereka.
“Sebanyak 37 kawasan membabitkan masing-masing 14 di Alor Gajah dan Jasin serta sembilan di Melaka Tengah dilaporkan terjejas,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
AB RAUF PERKASA USAHAWAN, PENJAJA KECIL AYER MOLEK
AYER MOLEK 4 Ogos – Komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus dizahirkan apabila Ketua Menteri...
SENYUMAN, HARAPAN, KISAH RAKYAT WARNAI JELAJAH KETUA MENTERI DUN AYER MOLEK
AYER MOLEK 4 Ogos - Senyuman rakyat yang menerima khabar gembira memberikan makna besar buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
TOK RAUF TAK PERNAH TUTUP BUKU, SENTIASA IKHTIAR SELESAI MASALAH RAKYAT
AYER MOLEK 4 Ogos - Setiap isu atau permasalahan belum selesai yang direkodkan sepanjang Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PEMBELIAN TANAH PERKUBURAN ISLAM KAMPUNG MUSAI DIJANGKA SELESAI TIDAK LAMA LAGI
PENGKALAN BATU 4 Ogos - Kesudian individu berketurunan Cina, menjual tanah miliknya bagi tapak Tanah Perkuburan Islam Kampung Musai pada...
ZIARAH KASIH BAWA BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT
PAYA RUMPUT 4 Ogos - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) terbukti sebagai medium terbaik dalam mengenal pasti rakyat yang...
TOK RAUF HADIR BAWA SINAR BUAT WARGA PENGKALAN BATU
PENGKALAN BATU 4 Ogos - Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat membawa makna besar buat segenap lapisan masyarakat di Dewan Undangan...

