
Banjir: Hanya tinggal 20 mangsa di Melaka
AYER KEROH 12 Jan – Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan apabila hanya merekodkan 20 mangsa masih ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari ini.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka (APM) Melaka Lt Kol Cuthbert John Martin Quadra berkata, jumlah itu membabitkan seramai enam keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat.
Beliau berkata, banjir di sekitar daerah Jasin semakin pulih apabila mangsa dari dua buah PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai dan SK Parit Penghulu telah dibenar pulang hari ini.
Namun katanya, PPS berkenaan masih belum ditutup dan menunggu pengesahan daripada Pejabat Daerah Jasin.
“Setakat ini hanya satu kawasan masih terjejas banjir iaitu di Kampung Lanchang,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KANAK-KANAK LELAKI DITEMUKAN LEMAS DALAM TAKUNGAN AIR
BINTULU 1 September - Polis hari ini mengesahkan seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di sebuah takungan air berhampiran lampu isyarat...
KERANI PEJABAT INSURANS RUGI LEBIH RM600,000 DITIPU INDIVIDU MENYAMAR PEGAWAI POLIS
GEORGE TOWN 1 September - Seorang kerani di sebuah pejabat insurans kerugian lebih RM600,000, selepas ditipu sindiket penipuan panggilan telefon...
DURIAN, NANGKA DAN NANAS MELAKA TEMBUSI PASARAN JEPUN
OSAKA, JEPUN 1 September - Tiga buah-buahan tempatan yang ditanam di Melaka telah menarik minat pengusaha di Jepun untuk dibawa...
SIRI GEGARAN SEGAMAT: PEMANTAUAN STRUKTUR PERLU DIPERTINGKAT
SEGAMAT 1 September - Rentetan siri gegaran berskala kecil yang berlaku dalam tempoh lapan hari kebelakangan ini, mendorong pakar untuk...
TARIAN MELAKA ‘PUKAU’ OSAKA
OSAKA, JEPUN 1 September - Tarian kebudayaan yang sinonim dengan Negeri Melaka menghangatkan suasana di Pavillion Malaysia bersempena World Expo...
KENANGAN MANIS SERTAI HUMAN GRAPHIC MERDEKA PERTAMA DI MELAKA
BANDA HILIR 1 September - Teruja apabila terlibat dalam lipatan sejarah negeri kerana buat pertama kali Melaka membentuk formasi Human...