
Melaka akan pasang siren kecemasan di lokasi risiko banjir – KM
BEMBAN 13 Jan – Kerajaan negeri bersetuju untuk memasang siren kecemasan di semua kawasan berisiko tinggi dilanda banjir di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi memberi amaran kepada penduduk sekiranya kawasan mereka dinaiki air.
“Semalam mesyuarat exco kerajaan negeri telahpun bersetuju untuk memasang siren kecemasan di semua lokasi risiko banjir di negeri ini.
“Dengan adanya siren ini kita dapat alert (amaran) lebih awal lagi, itu perancangan kita dan kita akan cari solusi kepada masalah banjir yang berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Bemban Maju Jaya Kali Pertama di Kompleks Japerun Brmban di sini, hari ini.
Ujarnya, pelaksanaan sistem itu akan diselaraskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Unit Kerajaan Tempatan (UKT) dibawah Jabatan Ketua Menteri.
“Fokus utama kita pasang siren ini di bandar dan luar bandar yang mana kawasan tersebut rendah, punyai penduduk yang padat dan sering dinaiki air sewaktu hujan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KERETA LEMBU, WARISAN MELAKA YANG MASIH ‘BERNYAWA’
TELOK MAS 2 Februari – Bunyi derap setiap langkah kaki lembu yang gagah menarik pedati diumpamakan sebagai lambang kelangsungan pengangkutan...
SISTEM PENGURUSAN DATA: STRATEGI TRANSFORMASI DIGITAL MCORP
SERI NEGERI 2 FEBRUARI - Sistem Pengurusan Data (SPD) dibangunkan Perbadanan Melaka (MCROP) menjadi satu daripada 35 inisiatif H.E.M.A.T. yang...
MBMB KUMPUL LEBIH 14 TAN BARANG KITAR SEMULA
AYER KEROH 2 Februari - Lebih 14,000 kilogram barangan kitar semula berjaya dikumpul menerusi Program Anda Kitar, Kami Bayar (AKKB)...
MELAKA MAKSIMUMKAN URUSAN PENTADBIRAN SECARA DIGITAL
SERI NEGERI 2 Februari - Sesuai dengan perkembangan teknologi semasa, Kerajaan Negeri Melaka akan memaksimumkan urusan pentadbiran rasmi secara digital....
BUDAYAKAN KONSEP AMBIL TAHU, CAKNA MASALAH RAKYAT
SERI NEGERI 2 Februari - Penganjuran program berorientasikan kepada rakyat secara langsung seperti Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) dan Hari...
MENARA TAMING SARI KEMBALI BEROPERASI ESOK
BANDA HILIR 2 Februari - Menara Taming Sari kembali beroperasi seperti biasa bermula esok, 3 Februari 2026. Ia selepas kerja-kerja...

