
Banjir Melaka pulih, semua pusat pemindahan ditutup
AYER KEROH 13 Jan – Semua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di negeri ini ditutup sepenuhnya, 7 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kesemua PPS itu ditutup selepas kesemua mangsa sudah pulang ke rumah selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya.
“PPS terkahir yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Mendapat di daerah Jasin, kira-kira jam 7 malam tadi, yang sebelum ini menempatkan 17 keluarga membabitkan 62 mangsa.
“Sebelum ini, sebanyak 10 PPS di daerah Alor Gajah dibuka, diikuti sembilan di Melaka Tengah dan empat di Jasin,” katanya.
Beliau berkata, sebanyak 23 PPS telah dibuka akibat banjir yang berlaku bermula 1 Jan lalu.
Ia membabitkan 37 kawasan terjejas pada gelombang kedua banjir kali ini yang melibatkan masing-masing 14 kawasan di daerah Alor Gajah dan Jasin.
Manakala, Melaka Tengah merekodkan sembilan kawasan terjejas.
Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan, jumlah mangsa banjir di Melaka mencecah lebih 2,600 orang melibatkan lebih 600 keluarga dipindahkan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN PERSEKOLAHAN NYALAKAN SEMANGAT 241 ANAK ORANG ASLI JASIN
ASAHAN 14 Mei - Seramai 241 murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli daerah Jasin menerima bantuan persekolahan sumbangan...
PENGANGGUR MAUT, RAKAN CEDERA DISERANG KETIKA JUAL BELI PERISA ‘VAPE’
JASIN 14 Mei - Seorang penganggur maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai diserang menggunakan senjata akibat perselisihan faham dalam kejadian...
‘RIDE’ PALING BERGAYA DI MENARA TAMING SARI, AHAD INI
BANDA HILIR 14 Mei - Menara Taming Sari bakal mencuri tumpuan ramai pada 17 Mei ini apabila bakal menjadi lokasi...
‘KAMI MAHU BERUBAH, ENGGAN HIDUP TERASING’
MACHAP JAYA 13 Mei - Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli (KOA) Machap Jaya tidak mahu terus dilihat terasing,...
50 PROGRAM WARNAI WRUR KOTA LAKSAMANA
BANDARAYA MELAKA 14 Mei - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana tampil dengan pendekatan...
HARGA RUMAH MELAKA KEKAL TERENDAH DI MALAYSIA
AYER KEROH 14 Mei - Harga kediaman bagi pasaran Melaka kekal terendah di Malaysia berdasarkan data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta...
