
Lebih banyak kelong memancing akan dibangunkan di Merlimau
MERLIMAU 17 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh bercadang untuk memajukan sektor perikanan dan komuniti nelayan di Merlimau.
Katanya, antara perkara yang bakal dijadikan tumpuan ialah menaik taraf jeti nelayan.
Selain itu, katanya, pembinaan lebih banyak kelong memancing juga bakal dijadikan fokus utama di kawasan itu.
“Ia bagi merancakkan ekonomi nelayan dan pada masa sama mampu membuatkan Merlimau menjadi tumpuan utama para pemancing di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook selepas melawat lokasi menternak kupang di Sebatu, baru-baru ini.
Mengulas mengenai penternakan kupang, Muhamad Akmal berkata, pihaknya turut merancang penyusunan semula pancang-pancang kupang supaya ia menjadi teratur.
“Pada masa sama, cara ini juga membolehkan kita membina lebih banyak pancang kupang di sepanjang pantai Merlimau dan Sebatu,” ujarnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM SALUR RM450,000 BANTU USAHAWAN ASNAF BERSINAR
SERKAM 3 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited dalam membantu usahawan asnaf menerusi Dana Bantuan Perniagaan berjumlah...
MPHTJ BAWA KELAINAN RAMADAN, EDAR 2,000 BUBUR KACANG, PULUT HITAM
AYER KEROH 3 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mengagihkan sebanyak 2,000 bekas bubur kacang dan bubur pulut...
BAZAR DI MELAKA TIDAK HAMBAR
PAYA RUMPUT 3 Mac - Dakwaan mengaitkan jualan peniaga Bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini terjejas susulan sambutan hambar...
KES CURI KABEL DI MELAKA MENURUN
AYER KEROH 3 Mac - Kes kecurian kabel di Melaka mencatat penurunan lebih 36 peratus tahun lalu apabila hanya 67...
‘PAY NOW CRUISE LATER’ TAWAR PENJIMATAN SEHINGGA 30 PERATUS
BANDARAYA MELAKA 3 Mac - Diskaun sehingga 30 peratus ditawarkan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bagi pembelian tiket...
MELAKA JAMIN BEKALAN AIR CUKUP, PARAS 3 EMPANGAN UTAMA MENINGKAT
AYER LIMAU 3 Mac - Paras air di tiga empangan utama Melaka kini di paras stabil, sekali gus menjamin bekalan...
