
41 peratus individu dewasa terima dos penggalak setakat semalam
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Seramai 237,703 individu dewasa telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 semalam, menjadikan jumlah kumulatif bagi pemberian dos penggalak meningkat kepada 9,609,454 atau 41 peratus setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 22,906,072 atau 97.8 peratus populasi dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 23,185,749 individu atau 99 peratus populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,775,059 individu atau 88.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi sementara 2,862,198 individu atau 91 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Dalam pada itu, statistik harian menunjukkan 242,705 dos vaksin telah diberikan semalam melibatkan 1,912 dos pertama, selain 3,090 dos lengkap menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 61,135,763 dos.
Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 16 kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan kematian tertinggi iaitu lima kematian diikuti Terengganu tiga kematian serta Negeri Sembilan dan Pulau Pinang masing-masing mencatatkan dua kematian.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT TARIK PERHATIAN ORANG MUDA
PENGKALAN BATU 15 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat diakui menjadi medium yang amat berkesan dalam mendengar permasalahan,...
MOOD MERDEKA BERMULA DARI PINTU GERBANG, MPHTJ HIAS LALUAN MASUK KE MELAKA
AYER KEROH 15 Ogos - Aspek kebersihan dan landskap sepanjang laluan masuk ke Melaka diberikan perhatian oleh Majlis Perbandaran Hang...
LPM TERIMA LEBIH 200 PERMOHONAN BAGI PROGRAM MELAKA RUMAHKU
AYER KEROH 15 Ogos - Lebih 200 permohonan diterima Lembaga Perumahan Melaka (LPM) membabitkan bina baru dan baik pulih kediaman...
PERZIM AJAK RAKYAT MALAYSIA HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
AYER KEROH 15 Ogos - Bagi membangkitkan semangat cintakan negara dan patriotisme Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengatur pelbagai pengisian serta...
