Pemimpin masyarakat Cina perlu bersatu hati demi kemakmuran Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 36 Saat

AYER KEROH 18 Jan – Semua pemimpin pelbagai kaum di negeri ini perlu bersatu hati menjalankan amanah dan tanggungjawab demi menunaikan janji dipertanggungjawabkan, kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau berkata semua kerjasama antara semua pihak itu amat penting untuk memperkasa kemakmuran negeri ini.

“Melalui penglibatan wakil-wakil semua kaum termasuk masyarakat Cina dalam kerajaan Negeri, saya berharap agar kita semua dapat sama-sama bersatu hati, menjalankan segala amanah dan tanggungjawab ini demi menunaikan segala aku janji dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

“Kerjasama yang kukuh dan stabil dengan penglibatan semua wakil amat penting agar kita dapat terus memperkasa dan memperhebatkan Negeri Melaka ini demi kemakmuran kita bersama,” katanya.

SULAIMAN (enam dari kanan) bersama pemimpin masyarakat Cina hadir di Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Cina Negeri Melaka Sempena Tahun Baru Cina 2022 di Dewan Seri Bendahara, malam tadi.

Terdahulu, Sulaiman hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Cina Negeri Melaka Sempena Tahun Baru Cina 2022 di Dewan Seri Bendahara, malam tadi.

Hadir sama pada majlis ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong.

Turut serta hadir, Exco erpaduan, Penerangan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Ahli Dewan Negara yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan MCA negeri, Datuk Wira Koh Nai Wong.

SULAIMAN

Katanya, menerusi majlis berkenaan beliau menzahirkan rasa gembira kerana bertemu semua pemimpin masyarakat Cina sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Secara peribadi, saya berasa sangat gembira kerana berpeluang bertemu secara bersemuka dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Cina yang mewakili pelbagai spektrum sama ada politik, dewan perniagaan serta NGO pada malam ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1346
Kongsi :
Previous post Dollah Salleh dan keluarga kemalangan, MPV terbabas di Kuala Pilah
Next post 41 peratus individu dewasa terima dos penggalak setakat semalam
Ubah saiz-+=