
Polis direman bagi bantu siasatan rasuah
AYER KEROH 12 Ogos – Tiga anggota polis termasuk seorang Ketua Balai direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh,di sini, hari ini, bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah berjumlah RM6,000.
Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Sabtu ini (15 Ogos) dikeluarkan Majistret Lee Kim Kiat, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Ketua balai terbabit yang berpangkat Sub Inspektor dan dua anggotanya berusia antara 26 hingga 57 tahun ditahan SPRM kira-kira jam 6 petang semalam, di balai polis tempatnya bertugas di dalam daerah Melaka Tengah.
Difahamkan, penahanan mereka bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi mengelakkan tindakan menyaman pemilik perniagaan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal bulan ini.
Turut ditemui semasa serbuan wang tunai berjumlah RM6,000 di dalam pejabat seorang daripada mereka.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Views:
Related


Berita Lain
SAMB LAKSANA PROJEK ‘WASTEWATER TREATMENT PLANT’, PASTIKAN BEKALAN CUKUP HINGGA 2035
AYER KEROH 26 Julai - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melaksanakan pelbagai langkah bagi memperkukuh sistem bekalan air negeri dan...
MENCAPAI USIA DUA DEKAD, TRANSFORMASI SAMB JAMIN KEPERLUAN AIR MELAKA
AYER KEROH 26 Julai - Penjenamaannya kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) pada 2006 bukan sekadar perubahan pada nama dan...
TOK RAUF RAIKAN LEBIH 2,000 WARGA SAMB DAN AHLI KELUARGA
AYER KEROH 26 Julai - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meraikan lebih 2,000 kakitangan Syarikat Air Melaka...
WRUR PANTAI KUNDOR: KOMBeD PERKASA KOMUNITI CEGAH DENGGI
PANTAI KUNDOR 26 Julai - Penubuhan Komuniti Bebas Denggi (KOMBeD) menjadi antara pendekatan penting Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memperkasakan...
MELAKA PELAWA PETANI USAHA TANAH TERBIAR, LPS PERCUMA SETAHUN
AYER KEROH 26 Julai – Kerajaan Negeri memberi galakan kepada lebih ramai petani dan usahawan tani memanfaatkan tanah-tanah kerajaan yang...
ERA BAHARU PENGURUSAN SISA, SWM ENVIRONMENT TERAP TEKNOLOGI PINTAR
AYER KEROH 26 Julai - Pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri ini telah memasuki era baharu apabila SWM...
