Untitled-1

Covid-19: Jabatan Kesihatan Melaka nafi wujud Kluster Ayer Keroh

TANGKAP layar yang tersebar luas di media sosial semalam.

AYER KEROH 12 Ogos – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menafikan dakwaan kononnya terdapat kluster baharu Covid-19 yang berlaku di sekitar Ayer Keroh dan Ayer Molek seperti yang tersebar di aplikasi Whatsapp.

Pengarahnya Dr Ismail Ali berkata, penularan pesanan ringkas menunjukkan seolah-olah berlakunya penularan pandemik Covid-19 di kawasan berkenaan adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetus kebimbangan di kalangan masyarakat.

“Jabatan ini ingin menjelaskan bahawa kandungan dalam pesanan ringkas tersebut berkaitan kes Covid-19 di Melaka adalah tidak benar. Tiada kes positif aktif yang dilaporkan di tempat-tempat yang dinyatakan.

“Tempat-tempat tersebut adalah selamat untuk dikunjungi, sekiranya masyarakat kekal patuh terhadap arahan penjarakan fizikal satu meter termasuk menghindari tempat yang sesak, sempit dan bersembang secara dekat,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, orang ramai dinasihati agar tidak menyebarkan maklumat atau berita yang tidak sahih dan sebarang pertanyaan mengenai Covid-19 boleh menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Negeri Melaka di talian 06-2356999/6851 atau emel di [email protected]

Terdahulu, tular di aplikasi Whatsapp mengenai tangkap layar yang memaparkan soal selidik tempat-tempat dilawati dalam tempoh tujuh hari di sekitar Ayer Molek dan Ayer Keroh yang menggambarkan wujudnya satu kluster positif baharu di kawasan berkenaan.

Views:

7

Share and Enjoy !

Shares
PENGERUSI Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudaaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis Previous post PPSPM bakal bina satu lagi Kapal Mendam Berahi
Untitled-1 Next post Polis direman bagi bantu siasatan rasuah