Sorting by

×

WRUR KOTA LAKSAMANA: ZIARAH KASIH BAWA SINAR BUAT RAKYAT MEMERLUKAN

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

KOTA LAKSAMANA 22 Mei – Penerima bantuan Program Cakna Kebajikan: Ziarah Kasih sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Negeri kerana terus prihatin membantu golongan kurang berkemampuan.

Norhana Hussin@Ismail, 52, berkata program seumpama itu memberi sinar dan kelegaan kepada golongan yang memerlukan terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.

Katanya, bantuan disalurkan bukan sahaja meringankan beban harian, malah menunjukkan masih ada pihak yang mengambil berat terhadap kebajikan rakyat.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kerana tidak melupakan golongan kurang berkemampuan seperti kami.

“Menerusi bantuan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban suami yang menghidap masalah tulang belakang dan bekerja sebagai pengayuh beca.

“Pada masa sama, bantuan untuk anak-anak turut diluluskan JKM Melaka, sekurang-kurangnya urusan persekolahan mereka ini terjaga,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Terdahulu, ziarah kasih itu disertai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying; Exco Pembangunan, Wanita dan Komuniti negeri Datuk Kalsom Noordin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana Low Chee Leong.

Tambah ibu kepada enam anak itu, dia berharap program menyantuni golongan memerlukan sepertinya diteruskan supaya lebih ramai yang menerima manfaat.

“Program WRUR dan ziarah kasih seperti ini sangat membantu dan saya harap ia dapat diteruskan supaya lebih ramai rakyat yang memerlukan menerima manfaat di kawasan-kawasan lain,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

72
Kongsi :
Previous post PPSPM OPTIMIS MELAKA RIVER CRUISE CAPAI SASARAN 14 JUTA PENGUNJUNG