
Polis direman bagi bantu siasatan rasuah
AYER KEROH 12 Ogos – Tiga anggota polis termasuk seorang Ketua Balai direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh,di sini, hari ini, bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah berjumlah RM6,000.
Perintah reman yang bermula hari ini sehingga Sabtu ini (15 Ogos) dikeluarkan Majistret Lee Kim Kiat, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Ketua balai terbabit yang berpangkat Sub Inspektor dan dua anggotanya berusia antara 26 hingga 57 tahun ditahan SPRM kira-kira jam 6 petang semalam, di balai polis tempatnya bertugas di dalam daerah Melaka Tengah.
Difahamkan, penahanan mereka bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi mengelakkan tindakan menyaman pemilik perniagaan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal bulan ini.
Turut ditemui semasa serbuan wang tunai berjumlah RM6,000 di dalam pejabat seorang daripada mereka.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Awang Kok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail mengesahkan tangkapan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Views:
Related


Berita Lain
KECELARUAN POLITIK SEMASA, PELUANG CERAH BN-PN MENANG LEBIH 21 KERUSI DI MELAKA
TABOH NANING 12 November – Kecelaruan politik di peringkat Persekutuan ketika ini dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada Barisan...
SEMBOYAN 14 NOVEMBER: LANGKAH BAHARU BN-PN MENUJU PUTRAJAYA
TABOH NANING 12 November – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bukan sekadar medan menentukan siapa diberi mandat untuk mentadbir...
TUNJUK ‘JARI BERCELUP’, NIKMATI DISKAUN 10 PERATUS MASUK ZOO MELAKA
AYER KEROH 12 November - Jari bertanda dakwat pilihan raya bukan sekadar bukti sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, malah boleh...
KERAJAAN TAWAR PEMBIAYAAN RM14,000 SEHEKTAR UNTUK TANAM SEMULA SAWIT
AYER MOLEK 12 November - Pekebun kecil kelapa sawit persendirian yang mempunyai pokok berusia lebih 25 tahun digalakkan melaksanakan tanaman...
PRN MELAKA: KERJASAMA BN-PN DI LENDU, PENYATUAN TANPA PINGGIR KAUM LAIN
LENDU 12 November - Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) N.04...
PELANCONG INDIA TERPESONA MAGIS MELAKA
BANDA HILIR 12 November - Keunikan sejarah, kepelbagaian budaya serta sajian makanan yang ditawarkan menjadikan Melaka sebuah destinasi pelancongan menarik...
