
Lee Zii Jia ‘blackout’
MELAKA 21 Jan – Pemain badminton negara, Lee Zii Jia menukar gambar profil Facebooknya kepada warna hitam, hari ini.
Tindakan itu dilakukan tidak sampai beberapa jam selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan penggantungannya daripada menyertai kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Jan.
Ia dipercayai sebagai tanda protes atau kecewa berhubung keputusan tersebut.
Lebih-lebih lagi, keputusan itu diumum tatkala menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, tidak lama lagi.
Menerjah ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan menyokong penuh pemain berusia 23 tahun itu.
Antara komen yang diberikan termasuklah ‘Stay Strong’, ‘Malaysia with You’, dan ‘Comeback Stronger’.
Tidak kurang juga, ada dalam kalangan peminat mengecam tindakan BAM ke atas Zii Jia.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN-PN SETUJU AB RAUF KEKAL KETUA MENTERI
AYER KEROH 14 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bersetuju menamakan Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf...
PRN MELAKA: BN-PN MENANG BESAR, KUASAI 24 DARIPADA 28 KERUSI DUN
AYER KEROH 14 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mencipta kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...
(TAK RASMI) PRN MELAKA: BN-PN BENTUK KERAJAAN, RAIH MAJORITI DUA PERTIGA
AYER KEROH 14 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi memperoleh majoriti dua pertiga pada...
PRN MELAKA: KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN-PN PEROLEH MAJORITI MUDAH MENANG 18 KERUSI DUN
AYER KEROH, 14 November - Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat jam 8.15 malam...
PRN MELAKA: COMMAND CENTER BN JADI TUMPUAN
AYER KEROH, 14 November - Command Center Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam ini,...
DUA KEMENANGAN HADIAH BUAT EMPAT PELAJAR UITM JASIN
BANDARAYA MELAKA 14 November - Kesibukan menyiapkan projek tahun akhir bukan penghalang buat empat pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus...
