
Seramai 129 individu ditahan ingkar arahan PKPP
KUALA LUMPUR 15 OgosĀ – Seramai 129 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 20 direman manakala 109 individu lagi dikenakan kompaun, kerana terlibat dalam aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal.
āPolis telah membuat 66 sekatan jalan raya danĀ memeriksa 25,368 kenderaan, bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin,ā katanya dalam kenyataan perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), yang masuk hari ke-67Ā hari ini.
Mengenai kuarantin wajibĀ katanya, seramai 11,236Ā individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 Julai lepasĀ sehingga semalam, dan ditempatkan di 60Ā hotel danĀ limaĀ Institut Latihan Awam (ILA).
āDaripada jumlah itu, seramai 44 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan dan 2,992 telah didiscaj dan dibenarkan pulang.
āMereka telah pulang dari 31Ā negara, antaranya, Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India,Ā Emiriah Arab Bersatu (UAE),Ā Jepun, dan Iran,ā katanya.
Beliau berkata, polis juga telahĀ memeriksa 914 individu yang sedang menjalani kuarantin wajib di rumah semalam dan mendapati kesemua merekaĀ patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Sementara itu, Ismail SabriĀ berkata KementerianĀ Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 726 premis perniagaan, termasuk peruncit (538), pemborong (158) dan pengilang (30).
āPegawai penguatkuasa KPDNHEP juga telah melakukan 1,163 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan kesemua premis turut mematuhi SOP yang ditetapkan,ā jelasnya.
Berhubung Ops Sanitasi Awam pulaĀ katanya, sebanyak 12 operasi meliputi sembilanĀ zon di empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Pahang, dan Melaka dilakukan semalam.
Dalam pada itu, katanyaĀ Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), telah membuat pemeriksaan di 74 tapak binaan di seluruh negara semalam, melibatkan 52 anggota penguatkuasa.
āDaripada jumlah itu, pemeriksaan CIDB telah mendapati 73 tapak binaan telah patuh SOP yang ditetapkan, manakala satu tapak binaan tidak patuh pada SOP dan diberi amaran,ā kata Ismail Sabri.
– BERNAMA