
Muhyiddin positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 9 Feb – Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19, selepas melakukan ujian Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
Menerusi catatan di laman Facebook beliau, bekas perdana menteri itu memaklumkan beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).
“Alhamdulillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” menurut catatan itu.
Muhyiddin turut meminta mereka yang berkemungkinan menjadi kontak rapatnya, untuk mematuhi SOP yang ditetapkan KKM.
Beliau juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatannya dan keluarga.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
JIWA MERDEKA TAMAN BUKIT RAMBAI
KLEBANG 16 Ogos - Jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat Taman Bukit Rambai terus terserlah apabila hampir 200 Jalur Gemilang diagihkan...
FELDA HUTAN PERCHA JADI PILIHAN NEGARA LUAR
MACHAP JAYA 15 Ogos - Felda Hutan Percha terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kawasan berkenaan sekali lagi bakal dipilih...
JALUR GEMILANG: KIBAR MENGIKUT TATACARA YANG BETUL
AYER KEROH 15 Ogos - Masyarakat bukan sahaja digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan malah perlu memastikan pemasangannya dibuat...
PENGALAMAN BUDAYA DI HUTAN PERCHA MEMORI INDAH BUAT PESERTA AARDO
MACHAP JAYA 15 Ogos - Aktiviti mengacau dodol, rewang sekampung, mengenakan busana Melayu dan mengenali adat perkahwinan masyarakat Melayu antara...
DUA PELAJAR MRSM ALOR GAJAH HILANG DITEMUKAN DI PASAR SENI
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Dua pelajar perempuan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang dilaporkan hilang sejak...
POLIS KENAL PASTI IDENTITI TIGA SEKELUARGA TERKORBAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH
ROMPIN 15 Ogos - Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam...
