Sorting by

×

CAC Melaka kembali lengang

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 9 Feb – Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang sesak sejak minggu lalu akibat peningkatan kes positif COVID-19 kembali lengang hari ini.

EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, ia susulan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mengarahkan supaya pesakit kategori 1 dan 2 hanya perlu melakukan pemantauan kesihatan kendiri di rumah.

“Memang ada peningkatan kes sebab itu kita nampak trafik sesak dengan kenderaan berbaris panjang kerana pesakit kategori 1 dan 2 menunggu giliran untuk disaring di CAC MITC.

“CAC MITC untuk pengetahuan  adalah di dalam daerah Melaka Tengah. Melaka ada enam lagi CAC yang kita buka di beberapa klinik kesihatan termasuk satu di daerah Jasin dan Alor Gajah.

“Tetapi berikutan pengumuman Menteri Kesihatan kelmarin, mana-mana pesakit positif COVID-19 kategori 1 dan 2A tidak perlu datang ke CAC dan hanya perlu update (kemaskini) di MySejahtera…kita akan lihat kesesakan itu berkurangan atau tiada,” katanya ketika dihubungi MHI.

Jelasnya, setakat ini kemasukkan pesakit di setiap CAC masih terkawal cuma ia memerlukan masa yang sedikit lambat.

“Nak kata terkawal setakat ini kita boleh kawal tapi mungkin daripada segi masa tu lambat sikit, tapi semua petugas barisan hadapan kita kerja sehabis baik untuk pastikan perkhidmatan mereka di dalam keadaan yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod secara keseluruhan di Melaka Tengah terdapat enam lagi CAC selain di MITC iaitu CAC Klinik Kesihatan Peringgit, CAC Klinik Kesihatan Tengkera, CAC Klinik Kesihatan Ayer Keroh, CAC Klinik Kesihatan Ayer Molek, CAC Klinik Kesihatan Seri Tanjung atau CAC Klinik Kesihatan Batu Berendam.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

771
Kongsi :
Previous post PRN Johor: Hari mengundi pada 12 Mac, penamaan calon 26 Feb – SPR
Next post Muhyiddin positif COVID-19
Ubah saiz-+=