
SOP PRN Johor umum sebelum penamaan calon – SPR
JOHOR BAHRU, 11 Feb – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Ketua Komunikasi Korporat SPR Mohammad Azlan Charles Abdullah berkata SPR akan mengumumkan SOP berkenaan melalui kenyataan media selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu berhubung SOP PRN Johor selepas Taklimat SPR Bersama Petugas Media Sempena PRN Johor di sini hari ini.
Sementara itu, beliau berkata taklimat bersama petugas media itu dilakukan bagi memastikan kelancaran sepanjang membuat liputan PRN Johor.
“Kita berkongsi dengan media apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang membuat liputan, bagaimanapun SOP belum lagi dikeluarkan…jadi kita masih menunggu,” katanya.
SPR menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya pula pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TADIKA JAIM SEMAKIN JADI PILIHAN IBU BAPA
PENGKALAN BATU 17 Disember - Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terus menjadi pilihan ibu bapa apabila mencatatkan angka kemasukan...
4 AGENSI, 42 PELAJAR BERGABUNG JADI HERO SUNGAI MELAKA
DUYONG 17 Disember - Sebanyak empat agensi bergabung memelihara kelestarian Sungai Melaka sempena program The Stream Saver x Squad Hero...
BANTUAN PERSEKOLAHAN MAIM LEGAKAN KESEMPITAN IBU BAPA B40
SUNGAI UDANG 17 Disember - Bantuan persiapan persekolahan disalurkan Kerajaan Negeri menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membawa makna besar...
142 MURID TADIKA JAIM CEMERLANG DIRAIKAN
PENGKALAN BATU 17 Disember - Seramai 142 anak cilik Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) diraikan atas pencapaian cemerlang akademik...
2,000 PELAJAR ASNAF PARLIMEN TANGGA BATU TERIMA BANTUAN SEKOLAH
SUNGAI UDANG 16 Disember - Lebih 2,000 anak asnaf fakir, miskin dan mualaf di Parlimen Tangga Batu menerima bantuan persekolahan...
DR. MASSILA DINOBAT TOKOH KEPIMPINAN AI UNGGUL BERTARAF DUNIA
DURIAN TUNGGAL 16 Disember - Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Prof Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin dinobatkan tokoh...
