PRN MELAKA: BN-PN MENANG 24 KERUSI DUN, PEROLEH MAJORITI DUA PERTIGA – SPR

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 14 November – Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun berkata, mengikut keputusan rasmi BN menang di 21 daripada 28 kerusi DUN Melaka, sementara itu PN (3) dan Pakatan Harapan (4).

Katanya, sepanjang tempoh mengundiΒ seramai 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

β€œJumlah itu merangkumi pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi pos yang telah menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Keputusan Penuh PRN Melaka Ke-16 di Menara Persekutuan di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata, keputusan penuh adalah berdasarkan keseluruhan 28 kerusi DUN yang dipertandingkan membabitkan calon parti politik serta calon Bebas.

β€œPRN Melaka Ke-16 berlangsung pada 14 November 2026 bagi membolehkan rakyat negeri ini memilih wakil rakyat yang akan menerajui pentadbiran negeri untuk penggal seterusnya.

β€œSaya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan, pasukan keselamatan, petugas pilihan raya serta pihak media atas kerjasama dan komitmen sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

β€œSPR turut menegaskan proses pilihan raya berkenaan dilaksanakan secara bebas, adil dan telus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

215
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: POLITIK DIGITAL MEDIUM PENTING KEMPEN