
Melaka benarkan solat Jumaat hari ini, terhad 40 jemaah
AYER KEROH 29 Mei – Kira-kira 212 buah masjid termasuk surau yang diberikan tauliah solat Jumaat di Melaka dibenarkan mengadakan solat Jumaat hari ini.
Bagaimanapun kebenaran itu tertakluk kepada kepatuhan syarat ditetapkan iaitu hanya 40 jemaah termasuk khatib, imam, bilal serta pegawai masjid yang dibenarkan menunaikan solat itu pada satu-satu masa.
Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil sebelum ini dilaporkan berkata,
antara kaedah pelaksanaan ditetapkan termasuk membuat sistem penggiliran di setiap kariah dan jawatankuasa masjid akan membuat jemputan khas kepada 40 jemaah yang layak untuk menghadiri solat Jumaat berkenaan.
“Bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada ahli kariah berusia 15 hingga 65 tahun yang akan direkodkan kehadiran selain menjalani ibadah dengan mengekalkan konsep penjarakan sosial,” katanya.
Menurut Abdul Halim, Jawatankuasa Fatwa Negeri turut mengambil keputusan menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di setiap masjid sepanjang pelaksanaan ibadah itu berlangsung bagi tujuan pemantauan keselamatan dan penjarakan sosial jemaah.
Views:
Related

Berita Lain
SIKAP MESRA, RENDAH DIRI AB RAUF DISENANGI RAKYAT
KESIDANG 23 Oktober - Kunjungan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh ke Tokong Pak Tiam Keong yang berusia...
PRN MELAKA: ‘BUAH MUDA JANGAN DIJOLOK, BUAH MASAK GUGUR SENDIRI’ – AB RAUF
AYER KEROH 23 Oktober – Senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 sudah disenarai...
1,500 PEGAWAI, ANGGOTA TAMBAHAN BANTU POLIS MELAKA SEPANJANG PRN
AYER KEROH 23 Oktober - Seramai 1,500 pegawai dan anggota polis dari luar kontinjen Melaka akan ditugaskan sepanjang Pilihan Raya...
DEEPAVALI LEBIH BERMAKNA, 300 MASYARAKAT INDIA ASAHAN DISANTUNI
ASAHAN 23 Oktober - Kira-kira 300 masyarakat India khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan...
PRN MELAKA: AB RAUF KOMITED GALAS AMANAH, PERKUKUH JENTERA BN
AYER KEROH 23 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertekad melaksanakan amanah sebagai...
PRN MELAKA: BN, PAS DAN RAKAN STRATEGIK UMUM CALON DI PENTAS SAMA 24 OKTOBER
AYER KEROH 22 Oktober – Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan strategik politik dijangka mengumumkan calon masing-masing di pentas yang...

