
KPM buka bilik gerakan banjir, urus pusat peperiksaan SPM terjejas banjir – Radzi
KUALA LUMPUR, 27 Feb – Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuka bilik gerakan banjir dan Lembaga Peperiksaan sedang mengambil tindakan bagi menguruskan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas di Terengganu dan Kelantan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
“Saya mengambil maklum tentang situasi banjir di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri tersebut.
“Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat,” menurut hantaran itu.
SPM akan berlangsung dari 2 hingga 29 Mac ini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: TIADA MANIFESTO, HELMY PERTARUH BUKTI KERJA LIMA TAHUN
DUYONG 5 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
USIA BUKAN PENGHALANG, TOK RAUF MAHU ANAK MUDA KEJAR CITA-CITA
TANJUNG BIDARA 5 November – Usia 65 tahun bukan penghalang buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh...
PRN MELAKA: RAIS RANCANG WUJUDKAN PASAR PAGI TETAP DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 5 November - Mewujudkan tapak pasar pagi beroperasi secara tetap di Sungai Udang antara perancangan calon Barisan Nasional (BN)...
REMBIA WAJAH ALOR GAJAH, NORAZRIL MAHU BAWA LEBIH BANYAK PEMBAHARUAN
REMBIA 5 November – Kedudukan Pekan Alor Gajah sebagai pusat pentadbiran daerah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dilihat sebagai...
KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA CECAH 98.8 PERATUS – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November – Kadar kebolehpasaran graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta universiti di Melaka...
LEBIH 500 ANAK MUDA TEROKA PELUANG PENDIDIKAN BERSAMA MARA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November – Lebih 500 anak muda menyertai Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Negeri Melaka 2026 Peringkat...
