
Kempen PRN Johor boleh diadakan hingga 12 tengah malam – SPR
JOHOR BAHRU, 2 Mac – Ceramah, syarahan dan kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini boleh diadakan hingga pukul 12 tengah malam.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan hari ini, pindaan prosedur operasi standard (SOP) itu berkuat kuasa serta-merta dan dibuat berdasarkan cadangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Selain melanjutkan waktu berkempen, SPR turut membenarkan penganjuran kempen secara fizikal di dalam atau pekarangan pejabat dan bilik gerakan parti.
Namun, jumlah kehadiran termasuk penganjur, penceramah dan peserta menghadiri kempen berkenaan haruslah tidak melebihi 100 orang atau 50 peratus kapasiti ruang dan tidak boleh diadakan di premis yang terbuka atau di tempat awam.
“SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika kempen pilihan raya serta garis panduan pencegahan COVID-19 bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman dan keselamatan awam,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, SPR menetapkan ceramah, syarahan dan kempen pada PRN Johor hanya boleh diadakan hingga 10 malam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HUFFAZ JUGA MAMPU JADI PERDANA MENTERI – AHMAD ZAHID
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Pelajar tahfiz tidak seharusnya dipandang rendah kerana golongan huffaz berpotensi menjadi profesional malah pemimpin tertinggi...
PRN MELAKA: BN KEKAL PADA JANJI, 7 KERUSI UNTUK PN
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Barisan Nasional (BN) kekal dengan persetujuan asal menyerahkan tujuh kerusi yang tidak ditandinginya kepada Perikatan...
TOK AJAK RANCAKKAN PEMBANGUNAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 24 Oktober - Prihatin terhadap keperluan belia sekitar Padang Temu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
39 PERSIMPANGAN MELAKA DILENGKAPI LAMPU ISYARAT PINTAR
AYER KEROH 24 Oktober - Sebanyak 39 persimpangan strategik di Melaka dilengkapi sistem Lampu Isyarat Pintar (STL) sejak 2023 hingga...
DILEMA TUKANG BOT, MENCARI ‘TANGAN BAHARU’ PENYAMBUNG LEGASI
SERKAM 24 Oktober - Di sebalik bot nelayan yang berulang-alik ke laut, terdapat kemahiran membaiki badan bot, memasang gentian kaca...
TUMINAH BERI BAYANGAN MAHU PERTAHAN PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 24 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor Datuk Tuminah Kadi @Mohd Hashim memberi bayangan...
