
Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022 dibentang di Parlimen
KUALA LUMPUR, 14 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Racun (Pindaan) 2022, yang antara lain bagi memberi fleksibiliti dalam pengendalian racun dengan membenarkan penggunaan dokumen dalam bentuk elektronik, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
RUU bagi meminda Akta Racun 1952 (Akta 366) itu juga bertujuan meningkatkan beberapa penalti dalam Akta 366 berhubung dengan penggunaan racun dan bahan psikotropik.
RUU berkenaan juga antara lain memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 32A yang menyatakan apa-apa kesalahan di bawah akta itu boleh dikompaun.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali ketika membentangkan RUU berkenaan hari ini berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada persidangan ini.
Sebelum ini, RUU Racun (Pindaan) 2019 ditarik balik daripada dibentangkan di Dewan Rakyat pada 5 Nov 2020, setelah dibentang untuk bacaan kali pertama pada 25 Nov 2019, bertujuan diteliti semula dan diperkemaskan bagi faedah semua pihak.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JUMLAH HOTSPOT BANJIR DI MELAKA BERKURANG KEPADA 102 LOKASI
SERI NEGERI 15 Julai - Jumlah lokasi 'hotspot' banjir di Melaka berjaya dikurangkan daripada 124 kepada 102 kawasan berikutan pelbagai...
MELAKA UMUM BIL AIR PERCUMA KEPADA MANGSA BANJIR
SERI NEGERI 15 Julai - Kerajaan Negeri mengumumkan insentif khas berupa bil air percuma kepada semua mangsa-mangsa banjir yang terjejas...
PINDAAN ADUN LANTIKAN PENUHI KOMITMEN MANIFESTO BN
SERI NEGERI 15 Julai – Cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Melaka bagi membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lantikan adalah...
DUN MELAKA LULUS USUL PERKUKUH TADBIR URUS SEKTOR PERHUTANAN
SERI NEGERI 15 Julai - Dewan Undangan Negeri Melaka, hari ini, meluluskan usul Rang Undang-Undang Enakmen Perhutanan Negara (Penerimapakai) (Pindaan)...
LAPAN PROJEK RTB BERNILAI RM1.456 BILION PERKUKUH MITIGASI BANJIR DI MELAKA
SERI NEGERI 15 Julai - Sebanyak lapan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bernilai keseluruhan RM1.456 bilion sedang dilaksanakan sebagai komitmen...
385 RAKYAT MELAKA TERIMA MANFAAT PROGRAM LESEN PERCUMA
SERI NEGERI 15 Julai - Sebanyak 385 permohonan Program Lesen Memandu Percuma Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) diluluskan setakat 30 Jun...

