Wang simpanan lebur ditipu sindiket perkhidmatan seks

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 14 Mac – Hasratnya mahu ‘dibelai’ gadis kononnya menawarkan perkhidmatan seks tidak kesampaian, malah seorang remaja berusia 18 tahun rugi RM10,000 selepas diperdaya satu sindiket penipuan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri Deputi Superintendan Azmi Aziz berkata, kejadian berlaku pada 12 Mac lalu.

Katanya, ketika melayari aplikasi Twitter mangsa yang juga pelajar sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur, melihat tawaran perkhidmatan seks lalu menghubungi  Telegram yang mengguna nama @XIAOAI18.

Beliau berkata, mangsa tertarik dengan perkhidmatan seks ditawarkan berurusan dengan sindiket dan melakukan transaksi pindahan wang seperti diarahkan.

“Pakej perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada mangsa berharga RM300 bagi tempoh dua jam dan bayaran perlu dibuat menggunakan tambah nilai Razer Gold.

“Ketika menunggu di hadapan sebuah kedai serbaneka di Batu Berendam untuk membuat bayaran kira-kira jam 1 tengah hari, mangsa dihubungi seorang lelaki memintanya membuat bayaran deposit tambahan.

“Bayaran itu dikatakan sebagai cagaran bagi memastikan mangsa tidak mencederakan gadis ditempah,” katanya.

Azmi berkata, mangsa melakukan lima transaksi ke akaun diberikan suspek dengan jumlah keseluruhan RM10,000.

“Mangsa dikatakan membuat bayaran kepada sindiket dengan menggunakan kesemua wang simpanannya.

“Meskipun bayaran sudah dibuat, mangsa tidak dihubungi oleh mana-mana pelanggan perempuan pada petang itu sebelum menyedari dia ditipu,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru pada hari sama memaklumkan dia ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ends

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1314
Kongsi :
Previous post Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022 dibentang di Parlimen
Next post 67 ‘rider’ sertai kursus khidmat penghantaran anjuran MBMB
Ubah saiz-+=