67 ‘rider’ sertai kursus khidmat penghantaran anjuran MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

AYER KEROH 14 Mac – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menganjurkan Kursus Asas Pengendalian dan Keselamatan Perkhidmatan Penghantaran di Dewan Taming Sari MBMB, 9 Mac lalu.

Kursus selama setengah hari itu disertai seramai 67 pekerja perkhidmatan penghantaran termasuk 10 daripadanya merupakan orang kurang upaya (OKU).

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, kursus itu dianjurkan bagi memberi penerangan kepada pekerja perkhidmatan penghantaran agar sentiasa mengambil berat tentang isu keselamatan semasa berada di atas jalan raya.

Pada masa sama, katanya, ia juga menekankan mengenai aspek pematuhan SOP terutamanya dalam penjagaan kebersihan diri dan peralatan yang digunakan bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

ZAINAL ketika berucap pada majlis penutup kursus berkenaan.

“Kursus Asas Pengendalian dan Keselamatan Perkhidmatan Penghantaran ini telah dikendalikan oleh tiga orang penceramah dan seorang juru bahasa isyarat.

“Penceramah pertama Mohd Derus Che’ Mat memberi penerangan berkaitan isu-isu perkhidmatan bandaraya; ia disusuli ceramah oleh Pegawai Turus Penguatkuasa dan kawalan Lalulintas, Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Melaka ASP K Mahadevan.

“Selain itu, ceramah turut disampaikan Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Muhammad Ridzuan Mohd Sarif serta dan Mizarita Sulaiman yang bertindak sebagai Jurubahasa Isyarat bagi golongan OKU,” katanya.

SESI soal jawab di antara penceramah dan pekerja perkhidmatan penghantaran dalam kursus yang dianjurkan MBMB.

Dalam majlis itu, Zainal turut memberi sumbangan sagu hati kepada semua peserta sebagai tanda penghargaan di atas kesudian mereka menghadiri program berkenaan.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Rakan Penghantar Melaka – (R.P.M) yang telah bersama-sama menjayakan kursus berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1118
Kongsi :
Previous post Wang simpanan lebur ditipu sindiket perkhidmatan seks
Next post Kos pinjaman kerajaan bertambah RM830 juta setahun kerana pengeluaran KWSP RM101 bilion setahun
Ubah saiz-+=