
PROMOSI MUSIM CUTI: PAKEJ KELUARGA MELAKA WONDERLAND HANYA RM148
AYER KEROH 23 Mei – Musim cuti kali ini bakal menjadi lebih meriah apabila Melaka Wonderland Theme Park & Resort tampil dengan promosi istimewa khas untuk keluarga.
Menerusi promosi terbaharu ini, pengunjung berpeluang menikmati pakej keluarga dua dewasa dan dua kanak-kanak dengan harga hanya RM148 berbanding harga normal RM177.
Ia sekali gus memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak meluangkan masa berkualiti bersama dalam suasana riadah yang selesa, menyeronokkan dan amat berbaloi.
Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee, berkata, promosi ini adalah usaha memberi nilai tambah kepada pengunjung, khususnya keluarga yang mahu menikmati percutian menarik tanpa perlu berbelanja besar.
“Musim cuti adalah masa terbaik untuk keluarga meluangkan masa bersama. Melalui promosi ini, pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai permainan air dan tarikan menarik, malah dapat merancang percutian keluarga dengan lebih berbaloi,” katanya.

Selain pelbagai permainan air yang menjadi tarikan utama taman tema itu, pengunjung turut berpeluang menikmati diskaun sehingga 20 peratus untuk aktiviti tasik seperti Kayak Ride, Pedal Boat, Tube Ride dan Fish Feeding, yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur.
Dalam pada itu, Melaka Wonderland turut menyediakan pakej berkumpulan fleksibel untuk sekolah, syarikat korporat serta agensi kerajaan, dengan minimum 35 peserta bagi setiap tempahan.
Tambah Seow, pihak pengurusan juga sentiasa komited dalam menambah baik pengalaman pengunjung termasuk perancangan memperkenalkan aktiviti baharu khususnya untuk kanak-kanak, bagi memastikan setiap kunjungan ke taman tema itu lebih menyeronokkan.
Orang ramai disaran mengambil peluang promosi musim cuti ini dengan membuat perancangan awal bersama keluarga bagi menikmati pengalaman percutian yang menyeronokkan pada harga lebih berbaloi.
Promosi itu dijangka menjadi antara pilihan utama keluarga yang mahu menikmati percutian santai dan aktiviti rekreasi menarik sepanjang musim cuti tahun ini.
Promosi Musim Cuti Melaka Wonderland:
👨👩👧👦 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak hanya RM148
🛶 Diskaun sehingga 20 peratus aktiviti tasik terpilih
📲 Tempahan selewat-lewatnya 3 hari sebelum kedatangan
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

