
Zul Ariffin disiasat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia selepas muat naik ‘teaser’ panas
KUALA LUMPUR, 22 Mac – Pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 selepas membuat hantaran Instagram yang menyalahi undang-undang.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di Twitter memaklumkan adegan seperti dipaparkan dalam hantaran itu tidak akan dibenarkan untuk tayangan umum.
βProses undang-undang berjalan. Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,β katanya.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merujuk kepada penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali serta boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pelakon itu mengundang kontroversi selepas memuat naik video yang memaparkan βteaserβ adegan panas daripada drama βPerempuan ituβ sebelum bertindak memadam hantaran tersebut dan membuat permohonan maaf di media sosial.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: BN, PN PERLU BERSATU PERTAHANKAN TIANG SERI NEGARA
SERKAM 8 November - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu berpadu tenaga serta memperkukuh penyatuan demi mempertahankan asas...
ANAK MELAKA DIPERANTAUAN BANGGA DENGAN PEMBANGUNAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 8 November β Walaupun mencari rezeki di negeri orang, perkembangan pembangunan dan kemajuan Melaka tetap dekat di hati...
MELAKA PERUNTUK RM100,000 TANGANI KEPERLUAN KOMUNITI INDIA
BANDA HILIR 8 November - Kerajaan Negeri memperuntukkan RM100,000 bagi pembinaan tiga gazebo sebagai kemudahan bagi menjalankan ritual selepas kematian...
TOK RAUF INGATKAN PENGUNDI MUDA, BIJAK MEMILIH DEMI KESTABILANΒ
TANJUNG BIDARA 7 November β Pengundi muda diingatkan supaya tidak tersilap membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: TOK JEZ BAKAL BENTANG PELAN ASPIRASI KHUSUS SUNGAI RAMBAI
SUNGAI RAMBAI 7 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi N.28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Jezlee Pit...
BN-PN MENYATU, BEMBAN MENANG YADZIL DI BLOK KERAJAAN – AB RAUF
BEMBAN 7 November - Kerjasama politik yang terjalin antara parti komponen membuka ruang kepada calon Perikatan Nasional (PN) N.24 Dewan...

