Tiada salah laku rasuah pada PRN Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

TELOK MAS 22 Mac – Tiada sebarang laporan membabitkan aktiviti rasuah diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, yang berlangsung pada November lalu.

Pengarahnya Mohd Shahril Che Saad berkata, tanpa sebarang maklumat dan laporan daripada mana-mana individu mahupun parti politik terbabit, tiada kertas siasatan dibuka pihaknya untuk tindakan susulan.

“Untuk makluman kita tiada kertas siasatan untuk PRN lalu. Tiada kertas siasatan dibuka.

“Malahan kita pun tiada terima maklumat yang boleh menyiasat tetapi kita tidak menerimanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Jalinan Kerjasama Antara SPRM Melaka Dengan CeiO – Memartabatkan Integiriti Dalam Perkhidmatan 2022, di Pejabat SPRM Melaka, Alai.

Hadir sama Presiden Persatuan Pegawai Integiriti Bertauliah (ACeiO) Malaysia Ahmad Sabri Mohamed.

Sementara itu, mengulas lanjut beliau berkata, sepanjang tahun lalu SPRM Melaka menahan seramai 17 individu termasuk 12 penjawat awam dipercayai terbabit dengan kesalahan rasuah.

“Selain tangkapan kita juga menerima 157 maklumat berkaitan salah laku dalam jabatan dan agensi sebahagiannya disalurkan oleh Pegawai Integriti Bertauliah (CeiO).

“Selain itu kita turut membuka 36 kertas pemeriksaan awal sebelum 20 kertas siasatan dibuka SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, kegiatan rasuah di Melaka hanya membabitkan kes domestik antaranya kes perolehan dan tuntutan palsu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1792
Kongsi :
Previous post Zul Ariffin disiasat bawah Akta Komunikasi dan Multimedia selepas muat naik ‘teaser’ panas
Next post Kesal industri lebih memandang ‘follower’ berbanding bakat – Wan Maimunah
Ubah saiz-+=