
JAPERUN Duyong agih sumbangan
DUYONG 27 Mac – Sejumlah peruntukan diagihkan kepada masjid, surau dan maahad tahfiz sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bagi memeriahkan lagi suasana sepanjang bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti berfaedah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Mohd Noor Helmy Halem berkata, sumbangan itu diharap dapat membantu kesemua 29 institusi terbabit.
“Mengikut rekod dalam DUN Duyong ada 14 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), empat masjid, 22 buah surau dan tiga maahad tahfiz.
“Sumbangan daripad JAPERUN Duyong itu disampaikan oleh Pengerusi JPKK kepada wakil masjid, surau dan maahad tahfiz di kawasan pentadbiran mereka,” katanya.
Menurutnya, antara yang menerima sumbangan itu adalah Masjid Al Abrar, Semabok; Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah, Kampung Duyong; Surau AL Falah, Taman Duyong Permai; Surau An-Nur Bukit Duyong serta Maahad Tahfiz Raudhatul Qubra.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA BUKAN SEKADAR DESTINASI SEKALI DATANG
AYER KEROH 6 September – Melaka mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang sentiasa hidup dengan pelbagai acara bagi menggalakkan...
‘MELAKA TAK RELAKS DEMI RAKYAT’
AYER KEROH 5 September – “Apa yang tak relaks sangat Melaka ni?" itu antara soalan yang sering diajukan kepada Ketua...
HARI KEDUA LUAR BIASA, HAMPIR 50,000 MERIAHKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
AYER KEROH 5 September – Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 X Konsert Jom Heboh mencatat sambutan luar biasa apabila...
IBU MUDA MELAKA BUKAN SEKADAR DIBANTU, TETAPI DIPERKASA
AYER KEROH 5 September - Penyertaan ibu muda dalam Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 membuktikan usaha Kerajaan Negeri bukan...
SUKARELAWAN BSAT ‘DUTA KECIL’ MAIM SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER KEROH 5 September - Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi menjadi 'Duta Kecil MAIM' dalam memperluas...
IBU MUDA MELAKA LUAR BIASA!
AYER KEROH 5 September - Seramai 300 ibu muda dari seluruh Negeri Melaka berhimpun menerusi satu program khas bagi memperkukuh...

