
Tiada perbincangan mengenai pengecualian khidmat tentera BTS
SEOUL, 3 April – Pegawai pasukan bakal Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu melawat Hybe, agensi pengurusan kumpulan K-Pop, BTS, dan tiada perbincangan mengenai isu pengecualian perkhidmatan tentera diadakan pada lawatan itu, lapor Yonhap.
“Tiada perbincangan (pengecualian tentera untuk anggota). Isu itu perlu dibincangan oleh kerajaan baharu di Parlimen,” kata ketua jawatankuasa pasukan itu Ahn Cheol-soo kepada pemberita.
Ahn berkata lawatan itu bertujuan mendapat maklumat apa yang boleh dilakukan oleh pentadbiran baharu untuk menyokong industri hiburan.
Lawatan itu menjadi tumpuan di tengah-tengah spekulasi mengenai isu pengecualian perkhidmatan tentera untuk anggota BTS.
Semua lelaki Korea Selatan yang sihat tubuh badan dikehendaki menyertai perkhidmatan tentera kira-kira dua tahun. Hanya atlet dan pemuzik klasik yang memenangi pingat atau anugerah di peringkat dunia diberikan pengecualian.
Rang undang-undang mengenai selebriti pop lelaki terkemuka dikecualikan untuk perkhidmatan itu bakal dibahaskan di Parlimen.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan Korea Selatan dikatakan sedang mempertimbangkan sama ada untuk membenarkan pengecualian perkhidmatan tentera kepada BTS.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PELANTIKAN JABATAN, BAPA ANGKAT SUNTIK SEMANGAT ATLET SUKMA MELAKA
AYER KEROH 23 Jun - Inisiatif pelantikan bapa angkat dan jabatan angkat dilihat mampu membantu atlet Melaka untuk memberikan persembahan...
NUR JASMINE TEMUI ISLAM MELALUI KASIH IBU ANGKAT
KESIDANG 23 Jun - Perjalanan hidup Nur Jasmine Qaisara Lee Shin Yi, 25, memeluk Islam sejak 2016 akhirnya membawa dia...
LPM SELESAI BINA 10 RUMAH TRANSIT
AYER KEROH 23 Jun - Sebanyak 10 unit rumah transit telah siap dibina oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) di seluruh...
RUMAH BAHARU HADIAH TERINDAH BUAT KHADIJAH
AYER KEROH 23 Jun - Selepas lebih tujuh dekad menumpang teduh di rumah pusaka yang semakin uzur dan tidak selama...
BULATAN PALING SIBUK DI MELAKA KINI LANCAR
KESIDANG 23 Jun – Keputusan berani memansuhkan penggunaan lampu isyarat di Bulatan Malim Jaya terbukti menjadi titik perubahan kepada penyelesaian...
59 MUALAF BAHARU DIREKODKAN DI MELAKA SETAKAT JUN
KESIDANG 22 Jun - Seramai 59 individu memeluk Islam di Melaka sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini, sekali gus...

