
Dua beradik selamat selepas hanyut akibat enjin bot rosak
LABUAN, 3 April – Dua beradik yang dikuatiri hilang selepas gagal pulang daripada aktiviti memancing di kawasan laut Semarang sejak semalam, telah ditemui dengan selamat.
Muhammad Nuhidayat Jafari, 18, dan abangnya Muhammad Nabil Jafari, 22, telah diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pagi tadi.
Kedua mereka dilaporkan telah keluar ke laut pada jam 5 pagi 2 April, namun enjin bot mereka rosak ketika sedang memancing, namun berjaya membuat panggilan kepada ibu mereka hari ini, yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Ketua APMM Zon Labuan Kepten Nurdin Jusoh berkata bot peronda telah dikerahkan untuk membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pihaknya menerima laporan pada 8.40 pagi tadi.
SAR tersebut telah turut disertai anggota daripada polis marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Pemancing adik beradik itu cuba mendapatkan bantuan daripada pemancing lain di kawasan itu namun tidak berjaya, sebelum operasi menemukan mereka dan bot mereka itu dibawa ke pangkalan APMM di sini” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
