
Kek merdeka simbolik kemerdekaan ke-63
MACHAP 1 Sept. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya menempah kek berukuran 63 sentimeter berbentuk Jalur Gemilang sebagai simbolik sambutan Hari Kemerdekaan Ke-63 di DUN itu.
Penyelaras Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Machap Jaya Datuk Rospandi Leman berkata, ia selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan ‘ Malaysia Prihatin’.
“Kek ini dihasilkan dengan penuh kesenian, selain berbentuk Jalur Gemilang permukaan kek tersebut juga hanya menggunakan warna-warna yang terdapat pada Jalur Gemilang.
“Sambutan Bulan Kebangsaan kali ni berbeza, dalam menyambut kemerdekaan negara, rakyat harus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Konvoi Jelajah DUN Machap Jaya Sempena Merdeka @ Komuniti Anjuran Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah, baru-baru ini.
Hadir sama, Pegawai Penerangan Daerah Alor Gajah, Salina Hasan @ Abd Rashid.
Konvoi tersebut bermula jam sembilan pagi melibatkan 50 buah motosikal dan lima kenderaan pelbagai agensi menjelajah DUN Machap Jaya melibatkan 12 perhentian.
Views:
Related


Berita Lain
CHIKO JADI ‘GURU’ ZOO MELAKA PERKASA PEMBIAKAN HARIMAU MALAYA
AYER KEROH 30 September - Pengalaman bersama Harimau Malaya jantan, Chiko dalam program pembiakan dalam kandang (MyBIT) kini menjadi 'ilmu'...
WANITA CERIA LUBOK CHINA CIPTA TART NASI LEMAK, KUIH LOPES
AYER LIMAU 30 September - Bermula daripada kebosanan selepas pulang ke kampung, lima wanita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
MPJ BAWA ASPIRASI BANDAR PINTAR JASIN KE PENTAS DUNIA
JASIN 30 September - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) membawa aspirasi pembangunan Jasin Smart City 2035 ke pentas antarabangsa menerusi penyertaan...
TAPEM SALUR RM8 JUTA BANTUAN PENDIDIKAN SETAKAT OGOS
AYER KEROH 30 September - Dianggarkan sebanyak RM8 juta daripada RM12 juta peruntukan tahunan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)...
DUN AYER LIMAU SEMAKIN BERCAHAYA
AYER LIMAU 29 September - Ayer Limau kini lebih 'bercahaya' apabila lebih 90 lampu dipasang di seluruh kawasan itu bagi...
TAPEM SASAR BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN LEBIH TINGGI TAHUN INI
AYER KEROH 29 September - Jumlah tunggakan pinjaman Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) berjaya dikurangkan daripada kira-kira RM40 juta...
