
SPRM tidak sekat Lim Guan Eng memasuki Sabah
BANDA HILIR 2 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) menegaskan tidak pernah menyekat bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada memasuki mana-mana negeri di Malaysia.
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki berkata kekeliruan mengenai perkara itu berlaku ketika Setiausaha Agung DAP itu ditahan hampir setengah jam ketika tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, malam tadi.
Katanya, Ahli Parlimen Bagan itu dilarang untuk melakukan perjalanan ke luar negara selepas pihaknya mendapat kebenaran mahkamah berhubung sekatan itu.
“Ini perlu diperbetulkan kerana SPRM tidak pernah menahan Yang Berhormat Lim Guan Eng untuk memasuki negeri Sabah sebaliknya beliau tidak dibenarkan ke luar negara.
“Pasport beliau telah ditahan oleh mahkamah untuk ke luar negara namun perjalanan dalam negara tidak ada masalah kerana beliau tidak disekat ke mana-mana negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
“Mungkin berlaku sedikit kekhilafan, apa yang berlaku itu adalah mungkin berkaitan pasport beliau,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi berdialog bersama media pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di Hotel Hatten, di sini, hari ini.
Guan Eng sebelum ini mendakwa tidak dibenarkan memasuki Sabah oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berikutan SPRM menyekat perjalanan beliau berbuat demikian.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR: 9 SIRI, 71 PERATUS ADUAN RAKYAT DISELESAIKAN
DURIAN TUNGGAL 6 November - Kerajaan Negeri berjaya menyelesaikan sebanyak 71 peratus aduan rakyat menerusi sembilan siri Program Wakil Rakyat...
MAIM TERIMA SIJIL PENGHARGAAN H.E.M.A.T
AYER KEROH 6 November - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerima sijil penghargaan H.E.M.A.T di atas inisiatif pembaharuan penyampaian perkhidmatan...
KPPA LUANG MASA TINJAU OPERASI PERKHIDMATAN FIRST AID STATION, ZON BEBAS KENDERAAN
BANDA HILIR 6 November - Perkhidmatan First Aid Station dan Zon Bebas Kenderaan, Banda Hilir dipilih sebagai lokasi lawatan Ketua...
MELAKA CATAT PELABURAN BAHARU RM2.2 BILION SETAKAT JUN
PENGKALAN BATU 6 November - Melaka mencatatkan pelaburan baharu berjumlah RM2.2 bilion setakat Jun 2025, sekali gus meletakkan negeri ini...
MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN PEMINAT SEJARAH DUNIA
BANDA HILIR 6 November - Penemuan artifak dan rangka kapal purba di kawasan berhampiran Pulau Melaka atau dahulu dikenali sebagai...
KAWASAN EKSKAVASI PULAU MELAKA DIWARTA KAWASAN LARANGAN
BANDA HILIR 6 November - Tapak ekskavasi dan cari gali rangka kapal purba dan artifak di kawasan berhampiran Pulau Melaka...
