SPRM kumpul maklumat isu pencerobohan tanah haram di Raub

Masa Membaca:52 Saat

BANDA HILIR 2 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengumpul maklumat mengenai isu pencerobohan tanah milik kerajaan negeri di Raub, Pahang membabitkan aktiviti penanaman durian yang diusahakan secara haram.

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya baharu sahaja menerima maklumat mengenai perkara itu dan sudah mengarahkan SPRM Pahang untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai isu itu.

Katanya, pertemuan bersama Setiuasaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang dan pejabat Daerah dan Tanah Raub akan diadakan bagi mengetahui status kedudukan sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita juga telah mengarahkan SPRM Pahang untuk melihat sebarang kerjasama yang boleh dibuat kepada pihak berkuasa yang terlibat berkaitan isu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi berdialog bersama media pada Program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Selatan di Hotel Hatten, di sini, hari ini.

Pada 1 Ogos lalu, Kerajaan Pahang bertindak tegas untuk menangani aktiviti pencerobohan tanah milik kerajaan negeri di Raub dengan kegiatan penanaman pokok durian Musang King yang diusahakan secara haram.

Antara kawasan yang terlibat ialah Hutan Simpang Gunung Benom, sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit, Tranum dan Tras.

Views:

255
Kongsi :
Previous post SPRM tidak sekat Lim Guan Eng memasuki Sabah
Next post 13 premis perjudian dipotong bekalan elektrik
Ubah saiz-+=