
Polis Dungun kesan individu pandu kereta lawan arus
KUALA TERENGGANU, 16 April – Polis sedang mengesan seorang individu memandu sebuah kereta berwarna kelabu secara melawan arus di jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan dekat Dungun seperti dalam video yang tular di sosial media sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata lokasi kereta dalam video tersebut dikesan berlaku antara jalan dari Kampung Kuala Abang ke persimpangan Tanjung Jara.
“Kita telah menghubungi individu yang memuat naik video ini di Facebook untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana perbuatan ini sangat berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
“Diharap agar orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil untuk membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Melalui video berdurasi 27 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna kelabu dipandu secara berbahaya melawan arus di jalan tersebut.
Baharuddin berkata model dan nombor pendaftaran kereta tersebut masih belum dapat dikenal pasti namun berdasarkan pemantauan awal di Facebook, kejadian dipercayai berlaku pada 7 pagi semalam.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG BERINGIN SATU KOMUNITI, SATU HATI
DURIAN TUNGGAL 12 September - Perbezaan usia dan latar belakang tidak menghalang warga Kampung Beringin untuk terus berkumpul, mengeratkan silaturahim...
ILMU MESTI DITERJEMAH, BUKAN SEKADAR DISIMPAN
BANDA HILIR 12 September - Hasil penyelidikan dan penemuan akademik perlu diterjemahkan kepada penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat, bukan...
MBMB TEGAS SOAL KEBERSIHAN, TUJUH PREMIS TERIMA NOTIS
AYER KEROH 12 September - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan tujuh Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) bernilai RM4,000 kepada pengusaha...
ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 12 September - Hampir 1,000 umat Islam memeriahkan Program Ayer Limau Berselawat ‘Mahabbah Cinta Rasul’ yang diadakan bersempena...
ZOO MELAKA, UTM GABUNG KEPAKARAN BANGUNKAN FASILITI MESRA HIDUPAN LIAR
AYER KEROH 11 September - Kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Zoo Melaka membuka ruang kepada pembangunan fasiliti hidupan liar...
WRUR TANJUNG BIDARA JADI TUMPUAN, SIRI TERAKHIR SELEPAS JELAJAH 28 DUN
SERI NEGERI 11 September - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara yang berlangsung 13...
