
Lebih 1,000 berbuka puasa bersama Ketua Menteri
BUKIT BARU 16 April – Lebih 1,000 pengunjung beragama Islam di negeri ini diraikan dalam satu Majlis Iftar Perdana Bersama Ketua Menteri Melaka di Dataran Masjid Al-Azim di sini, hari ini.
Majlis itu disempurnakan Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang tiba di dataran berkenaan kira-kira jam 6.30 petang.
Pengunjung yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk golongan asnaf, golongan memerlukan serta anak-anak yatim untuk merasai sama nikmat berbuka puasa beramai-ramai.
Pada majlis itu, Sulaiman turut beramah-mesra bersama pengunjung yang hadir selain memberikan bubur lambuk dan kurma untuk berbuka puasa.
Turut dijemput hadir kira-kira 150 penghantar makanan Grab Food sebagai tanda menghargai penat lelah mereka menghantar makanan sepanjang bulan Ramadan ini.

Hadir sama EXCO Wanita dan Kebajikan Negeri, Datuk Kalsom Noordin; EXCO Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zaidi Attan dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Shukri Che Mat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS TINGKAT KAWALAN KESELAMATAN DI SEMUA FASILITI PETRONAS
BANDA HILIR 9 September - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkat kawalan keselamatan di fasiliti milik Petronas seluruh negara termasuk Sarawak...
EMPAT ISU UTAMA JENAYAH RENTAS SEMPADAN TUMPUAN AMMTC KE-19
BANDA HILIR 9 September - Empat isu menjadi fokus utama dalam usaha memperkukuh keselamatan serantau akan dibincangkan sepanjang Mesyuarat Menteri-Menteri...
MELAKA CONTOH NEGERI PELANCONGAN HEBAT, DESTINASI SELAMAT – PM
BANDA HILIR 9 September - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan tersohor yang bukan...
MUAFAKAT ASEAN KUNCI KESTABILAN SERANTAU – PM
BANDA HILIR, 9 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kekuatan ASEAN terletak pada keunikan, kepercayaan serta muafakat...
BANTUAN PERSEKOLAHAN GALAK ANAK ORANG ASLI CEMERLANG AKADEMIK
ALOR GAJAH 9 September - Anak-anak masyarakat Orang Asli di negeri ini menunjukkan perkembangan amat membanggakan dalam aspek akademik, kata...
PERDANA MENTERI RASMI AMMTC KE-19, MELAKA JADI TUMPUAN ASEAN
BANDA HILIR 9 September - Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-19 membuka tirai hari ini selepas dirasmikan...