
Program Gotong-Royong Perdana Ahad ini
AYER KEROH 5 Sept. – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) akan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana pada 6 September ini di Taman Botanikal.
Gotong-royong itu bermula seawal jam tujuh pagi sehingga selesai dijangka menerima kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam.
Yang Dipertua MPHTJ Shadan Othman berkata, gotong-royong itu
melibatkan anggota majlis dan juga masyarakat setempat.
“Kita jangka menerima tetamu kehormat kita Tun, tetapi beliau tidak buat gotong-royong, beliau hadir untuk memberi pandangan tentang pembangunan di kawasan Ayer Keroh.
“Selepas gotong-royong kita akan ‘brief’ dengan peringkat tertinggi, kerajaan negeri serta Tun tentang perancangan kita untuk menarik pelancong datang ke Melaka terutama sekali di kawasan Ayer Keroh,” katanya.
Shadan berkata demikian kepada MHI selepas menerima Kunjung Hormat MHI di pejabatnya, semalam.
Katanya, hanya seramai 250 tetamu dijangka hadir pada gotong-royong itu bagi memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dapat dilaksanakan.
Views:
Related


Berita Lain
RM1 JUTA LONJAK IMEJ MORTEN WALK
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Morten Walk di Kampung Morten, di sini, bakal berubah wajah menjadi sebuah pusat perniagaan lebih...
‘JIKA MELAKA ADALAH POHON, JASIN ADALAH AKARNYA..’
RIM 21 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang bakal berkampung selama sebulan di Parlimen Jasin bakal merealisasikan...
MELAKA SATU-SATUNYA NEGERI WAKIL RAKYAT TURUN PADANG SETIAP HARI
RIM 21 Jun - Melaka terus membuktikan pentadbiran Kerajaan Negeri benar-benar dekat di hati rakyat menerusi pelbagai usaha dan inisiatif...
WRUR: LEBIH 300 PROGRAM DEKATI 134,000 RAKYAT JASIN
RIM 21 Jun - Lebih 300 program bermanfaat untuk rakyat akan diadakan selama empat minggu Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
PEMBIAYAAN LEBIH RM92 JUTA DILULUSKAN DI MELAKA, 4,300 USAHAWAN DAPAT MANFAAT
KOTA LAKSAMANA 21 Jun - Lebih 4,300 usahawan di Negeri Melaka telah menerima manfaat pembiayaan berjumlah lebih RM92 juta setakat...
HARGA DIESEL BERSUBSIDI RM2.10 SELITER UNTUK RAKYAT MALAYSIA MULAI JULAI – PM ANWAR
BINTULU, 21 Jun - Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026,...
