
Perubahan drastik taktikal ramuan rahsia kemenangan Melaka United
PAYA RUMPUT 4 Sept. – Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan memuji prestasi anak buahnya yang mempamerkan disiplin tinggi melawan asakan Terengganu FC (TFC) dalam aksi CIMB Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Beliau berkata, dalam tempoh 90 minit perlawanan tidak dinafikan skuad kendalian Mohd Nafuzi Mahammad Zain mempamerkan belang untuk terus menyerang pasukan kendaliannya.
Bagaimanapun, katanya atas semangat pasukan dan disiplin yang tinggi, anak buahnya berjaya menterjemahkan permainan kepada kemenangan bergaya di laman sendiri selain mendedahkan ramuan kemenangan antara faktor meraih gol tunggal.
“Kita tahu pasukan TFC bahaya dari segi serangan tetapi defensif kita boleh dikatakan terbaik kerana disiplin mereka.
“Saya tidak nafikan pasukan melakukan ‘drastic tactical point of view’ dan saya beritahu pemain untuk mengubah kedudukan kita.
“Dengan disiplin yang tinggi dalam pertahanan, mereka dapat membawa apa yang dirancang dalam perlawanan sebenar sehingga tidak memberi peluang kepada pasukan lawan,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan malam tadi.
Views:
Related


Berita Lain
PENGAWAL KESELAMATAN MAUT LANGGAR ANJING LINTAS JALAN
LENDU 26 Mei - Seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah di Masjid Tanah maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor anjing di...
PERKASA PENIAGA KECIL, PACU EKONOMI MELAKA
PAYA RUMPUT 26 Mei - Memperkasakan peniaga kecil terus menjadi fokus utama Kerajaan Negeri dalam memastikan pertumbuhan ekonomi Melaka kekal...
DARI ‘BANDAR MATI’ KE TRANSFORMASI AGENSI AGAMA, RAHMAD KONGSI PENGALAMAN TERAJUI 3 EXCO
AYER KEROH 25 Mei - Pengalaman memegang tiga portfolio Exco Kerajaan Negeri meninggalkan pelbagai kenangan manis, pahit dan cabaran sepanjang...
BANDA HILIR SEMAKIN ‘MENYALA’
BANDA HILIR 25 Mei - Kawasan pelancongan di Banda Hilir semakin berseri pada musim cuti sekolah ini dengan limpahan lampu...
30 LEMBU KORBAN DIAGIHKAN KE LOKASI TERPILIH SEKITAR PARLIMEN TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 25 Mei - Sebanyak 30 ekor lembu korban diagihkan ke masjid dan surau terpilih seluruh Parlimen Tangga Batu...
MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PELABURAN SEKTOR F&B
PAYA RUMPUT 25 Mei - Perkembangan industri makanan dan minuman (F&B) termasuk pembukaan lebih banyak restoran makanan segera di negeri...
