
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
PUTRAJAYA, 25 April – Jenazah bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini pada 2.45 petang tadi.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah, selepas penghormatan terakhir yang diadakan di masjid berkenaan.
Nor Azamir turut membacakan talkin selepas Allahyarham dikebumikan, yang turut dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga dan sahabat di tanah perkuburan itu.
Ali, 66, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland Khamis lepas.
Anak Allahyarham, Azman yang mewakili ibunya Puan Sri Rohani Abdullah, mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan orang ramai yang membantu menguruskan pengebumian ayahnya.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terbalas kepada semua sahabat dan ahli keluarga yang hadir untuk mengakhiri proses pengebumian ayahanda kami,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KITA PASTIKAN TANJUNG BIDARA MENJADI TERMASYHUR SEMULA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 November - Sejak menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh melaksanakan...
TOK RAUF MAHU GEN Z BERSAMA-SAMA WARNAI MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda...
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....

