
Gempa bumi gegar Sichuan, China, operasi menyelamat dilancarkan
CHENGDU (China), 2 Jun – Operasi menyelamat sedang dijalankan susulan gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter menggegarkan Daerah Lushan di Ya’an, Sichuan, pada 5 petang waktu Beijing, lapor Xinhua memetik Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
Selain itu, gempa bumi bermagnitud 4.5 dilaporkan berlaku pada 5.03 petang di Daerah Baoxing dan di Ya’an.
Setakat 7.40 malam, empat orang disahkan maut dan 14 lagi cedera di Daerah Baoxing manakala kira-kira 300 orang telah dipindahkan ke penempatan sementara.
Beberapa penempatan sementara turut dibina di Baoshan dan Lushan dengan keutamaan diberikan kepada warga emas, wanita, kanak-kanak dan pelajar.
Lebih 4,500 anggota penyelamat termasuk polis, bomba dan pegawai perubatan telah dikerahkan ke lokasi terjejas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KOPERASI MELAKA DIDEDAHKAN KEPADA AI, TIKTOK SHOP MENERUSI SEMINAR E-COMMERCE
SERI NEGERI 14 Julai - Kerajaan Negeri menganjurkan Seminar E-Commerce Gerakan Koperasi Negeri Melaka Tahun 2026 yang dilaksanakan pada bulan...
WRUR MERLIMAU: MAIM UKIR SENYUMAN DI WAJAH ASNAF
MERLIMAU 14 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus komited membela kebajikan asnaf dan ia dizahirkan menerusi program Wakil...
GAJI GURU KAFA MELAKA ANTARA TERTINGGI DI MALAYSIA
SERI NEGERI 14 Julai – Kadar gaji minimum RM1,750 sebulan diterima guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Melaka...
RM1.25 JUTA NAIK TARAF KK BUKIT RAMBAI, TINGKATKAN KESELESAAN RAKYAT
SERI NEGERI 14 Julai - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka telah melaksanakan tiga projek naik taraf bernilai RM1.25 juta di...
MELAKA SEDIA JADI TUAN RUMAH TERBAIK SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026
SERI NEGERI 14 Julai – Melaka bakal jadi tumpuan negara apabila dipilih menjadi tuan rumah bagi sambutan Hari Landskap Negara...
PENDIDIKAN ALIRAN AGAMA MELAKA CEMERLANG
SERI NEGERI 14 Julai – Pencapaian pendidikan aliran agama di Melaka terus menunjukkan prestasi membanggakan apabila kesemua 10 sekolah aliran...
