
Minimakan tahap kemiskinan di Jasin
RIM 5 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Khaidhirah Abu Zahar mahu meminimakan tahap kemiskinan di Daerah Jasin selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan negara.
Beliau berkata usaha itu perlu dilaksanakan dengan mencari pelbagai idea serta tindakan yang proaktif bagi memastikan segala perancangan tercapai.
“Saya bersama Tok Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim dan juga Setiausaha Japerun, Sabarudin ke Mesyuarat My Fokus Group: Pembasmian Kemiskinan Daerah Jasin bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat.
“Mesyuarat ini memfokuskan tentang kemaskini nama yang dinaikkan untuk bantuan pembangunan serta memerah atau mencari idea untuk meminimakan tahap kemiskinan yang ada di Jasin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, baru-baru ini.
Katanya, mesyuarat tersebut perlu disusuli dengan tindakan yang proaktif untuk memastikan segala objektif membantu rakan-rakan di Daerah Jasin khususnya di RIM tercapai.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ABDUL RAZAK KOMITED PENUHI KEPERLUAN RAKYAT
TELOK MAS 10 November - Penambahbaikan infrastruktur antara keperluan yang disuarakan penduduk setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas...
SPR BELUM TERIMA LAPORAN PENUH BERKAITAN ISU SERANGAN SIBER
SUNGAI UDANG 10 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan laman web miliknya tidak diserang...
MELVIN MAHU LAKSANA TIGA AGENDA UTAMA DALAM 100 HARI, BUKTI KPI
KOTA LAKSAMANA 10 November - Tiga agenda melibatkan kebajikan warga emas, penambahbaikan kemudahan kesihatan dan pengukuhan tahap keselamatan penduduk menjadi...
SPR REKOD 237 LAPORAN KESALAHAN KECIL PILIHAN RAYA
SUNGAI UDANG 10 November – Sebanyak 237 kesalahan pilihan raya dilaporkan kepada pasukan pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam,...
SPR SASAR 95 PERATUS KELUAR MENGUNDI AWAL PRN MELAKA
SUNGAI UDANG 10 November – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan jumlah pemilih keluar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi...
TOK AJAK TAK PERNAH BERHENTI BERKHIDMAT
TELOK MAS 10 November - Tidak meninggalkan penduduk Telok Mas meskipun pernah tewas pada pilihan raya menjadi bukti komitmen penyandang...
