
Kompleks Balai Istiadat bakal dibina sebelah Makam Tok Gubah
ASAHAN 9 Jun – Sebuah Kompleks Balai Istiadat yang menjadi produk pelancongan baharu di negeri ini bakal dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bersebelahan Makam Tok Gubah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan berkata, bagaimanapun makam sedia ada di kawasan itu akan dikekalkan sebagai tapak warisan sejarah.
“Tanah di kawasan makam itu seluas 0.64 hektar yang merupakan tanah kerajaan, jadi kita nak minta Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) untuk ambil sebahagian tanah itu.

“Makam sedia ada tu kita tinggalkan sebagai tapak warisan dan selebihnya tu tanah itu kita nak jadikan sebagai balai istiadat satu lagi produk pelancongan baharu di Melaka.
“Setakat ini kita sedang menunggu kertas kerja daripada Perzim macam mana, mungkin dalam masa terdekat kita cuba usahakan mengenai balai ini,” katanya kepada MHI.
Terdahulu Fairul Nizam telah mengadakan lawatan kerja ziarah di Makam Tok Gubah bersama Perzim anjuran Persatuan Panca Warisan Melaka Selasa lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
