Sorting by

×

Pasang flap gate di Crystal Bay, elak risiko berlaku banjir

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

TELOK MAS 9 Jun – Pemasangan ‘flap gate’ di Crystal Bay, Alai dijangka dapat mengawal aliran air sekali gus mengelakkan riisko banjir serta takungan air di hadapi penduduk di sekitar Alai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, pemasangan itu adalah tindakan susulan diambil pelbagai agensi berikutan kawasan Taman Alai Perdana kerap dilanda banjir kilat yang teruk terutama ketika pada fenonema air pasang besar.

Katanya, pelbagai cadangan diberikan oleh penuduk kampung dan agensi berkaitan telahpun mengambil tindakan segera bagi memastikan kejadian itu tidak berulang.

“Pada 9 Dis lalu, saya memanggil MBMB, JPS, PDMT, SWCORP dan SWM untuk sama-sama turun padang melihat sendiri permasalahan banjir yang dihadapi penduduk di Taman Alai Perdana.

“Hari ini sekali lagi saya turun ke Crystal Bay ini melihat untuk melihat sendiri hasil-hasil kerja pemasangan flap gate.

“Dengan adanya ‘flap gate’ ia dapat mengawal dan mengurangkan risiko banjir yang dihadapi penduduk di sini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, semalam.

Katanya akan terus berusaha untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di DUN Telok Mas secara berperingkat.

“Insya-Allah perlahan-perlahan kita cuba selesaikan satu-satu permasalahan yang melanda di Telok Mas,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2357
Kongsi :
Previous post ‘The Royal Press’ cetak sejarah Melaka
Next post Kompleks Balai Istiadat bakal dibina sebelah Makam Tok Gubah
Ubah saiz-+=