
Pengarah APM Melaka meninggal dunia
AYER KEROH 14 Jun – Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra meninggal dunia pagi ini.
Berita itu disahkan jurucakap APM Melaka yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir di wad kecemasan Hospital Melaka.
Difahamkan, mendiang rebah secara tiba-tiba di pejabat sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Melaka.
Sebelum ini, mendiang pernah berkhidmat bersama APM Pulau Pinang sebelum dilantik sebagai Pengarah APM Melaka berkuatkuasa 1 Januari 2021.
Mendiang dilahirkan pada 20 Mac 1975 dan berasal dari Keningau, Sabah.
Dimaklumkan pihak APM Melaka bersama hospital sedang menguruskan jenazah mendiang dan maklumat terbaharu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-Berita lanjut menyusul-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR ASAHAN: TERIMA KASIH ‘YB ALONG’, MAIM BANTU KAMI SELESA
ASAHAN 7 April - Nasib seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam tinggal di rumah pusaka di Kampung Hilir, Batang...
MPJ TERANGI ASAHAN DENGAN LAMPU LED, CAKNA SETIAP ADUAN RAKYAT
ASAHAN 7 April – Pemasangan lampu jalan berteknologi LED menjadi antara fokus utama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam menangani aduan...
KRISIS ASIA BARAT: RAMAI PILIH MELANCONG DALAM NEGARA, RANTAU ASIA
BUKIT KATIL 7 April - Ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat dilihat mengubah corak pelancongan apabila permintaan terhadap pakej pelancongan domestik...
MBMB ANJUR LEBIH 20 PROGRAM SEMPENA ULANG TAHUN KE-23
BANDA HILIR 7 April - Lebih 20 program dan aktiviti menarik bakal mewarnai Ulang Tahun Ke-23 Bandaraya Melaka Bersejarah bulan...
25 LAMPU SOLAR TERANGI LALUAN GELAP MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 7 April - Berapa laluan gelap dan berbahaya kerap berlaku kemalangan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya...
GAPAM BARU DIANGKAT PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI PERTAMA NEGARA
ASAHAN 7 April - Perkampungan Budaya Orang Asli pertama negara bakal dibangunkan di Gapam Baru dalam usaha memartabatkan warisan budaya...
