
Lelaki tikam ibu positif dadah
TANGGA BATU 6 Julai – Lelaki yang menikam leher ibunya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, semalam, disahkan berada dibawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah mengesahkan perkara itu selepas pihaknya memperoleh ujian saringan air kencing suspek terbabit.
“Keputusan itu diperoleh kira-kira jam 1.30 pagi tadi dan suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine.
“Kami turut melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian semalam, namun tidak menemui sebarang bahan terlarang itu,” katanya.
Zainol Berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa dijangka selesai petang ini.
Terdahulu, suspek yang juga penganggur direman tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan.
Melaka Hari Ini, semalam melaporkan seorang anak tergamak menikam ibu kandung sehingga mati di Kampung Paya Luboh, di sini, pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Melaka.
Ketika ditahan suspek berusia 38 tahun mengaku menikam leher kiri dan kanan ibunya menggunakan sebilah pisau berukuran 26 sentimeter (cm).
Suspek mendakwa bertindak sedemikian selepas terdengar bisikan yang menyuruhnya menikam mangsa kerana ibunya dikatakan menyembah berhala.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
HUJAN BUKAN HALANGAN, UNCLE WONG SETIA TEMANI HELMY BERKEMPEN
DUYONG 10 November - Cuaca hujan tidak menghalang warga emas, Vong Fook Hoi atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, 88,...

