
Al-Sultan Abdullah sedang jalani rawatan di IJN – Istana Negara
KUALA LUMPUR, 22 Sept.- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin bagaimanapun memaklumkan keadaan kesihatan Al-Sultan Abdullah adalah tidak membimbangkan dan Seri Paduka dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam waktu terdekat.
“Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke Wad Diraja IJN semalam, selepas Seri Paduka mengadu kurang selesa dengan kesihatan.
“Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka tidak dalam keadaan yang membimbangkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Ahmad Fadil berkata Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam dalam rangka lawatan peribadi telah bergegas pulang hari ini, untuk bersama dengan Al-Sultan Abdullah.
Beliau menjelaskan, Tunku Azizah telah membatalkan lawatan tersebut yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari sehingga esok.
Seluruh rakyat diseru untuk mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, katanya.- BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: TIADA MANIFESTO, HELMY PERTARUH BUKTI KERJA LIMA TAHUN
DUYONG 5 November - Rekod perkhidmatan sepanjang lima tahun menjadi sandaran calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)...
USIA BUKAN PENGHALANG, TOK RAUF MAHU ANAK MUDA KEJAR CITA-CITA
TANJUNG BIDARA 5 November – Usia 65 tahun bukan penghalang buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh...
PRN MELAKA: RAIS RANCANG WUJUDKAN PASAR PAGI TETAP DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 5 November - Mewujudkan tapak pasar pagi beroperasi secara tetap di Sungai Udang antara perancangan calon Barisan Nasional (BN)...
REMBIA WAJAH ALOR GAJAH, NORAZRIL MAHU BAWA LEBIH BANYAK PEMBAHARUAN
REMBIA 5 November – Kedudukan Pekan Alor Gajah sebagai pusat pentadbiran daerah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia dilihat sebagai...
KEBOLEHPASARAN GRADUAN TVET MELAKA CECAH 98.8 PERATUS – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November – Kadar kebolehpasaran graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta universiti di Melaka...
LEBIH 500 ANAK MUDA TEROKA PELUANG PENDIDIKAN BERSAMA MARA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 5 November – Lebih 500 anak muda menyertai Jelajah Pendidikan Tinggi dan TVET MARA Negeri Melaka 2026 Peringkat...
