
Zazuli dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu
PUTRAJAYA, 12 Julai – Datuk Zazuli Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baharu berkuat kuasa 8 Julai 2022, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.
Zazuli, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), menggantikan Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 24 Mac 2022.
Mohd Zuki dalam satu kenyataan berkata Zazuli, 59, berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kawalan import eksport, pengurusan pematuhan, cukai barang dan perkhidmatan (GST), perkastaman dan percukaian.
“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimilikinya akan membolehkan beliau meneruskan aspirasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke arah pentadbiran kastam bertaraf dunia,” katanya.
Bagi pihak kerajaan, Mohd Zuki turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Latif atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HUGE 2026 PERKUKUH KEMAHIRAN, PACU DAYA SAING PELANCONGAN MELAKA
TABOH NANING 15 Oktober - Penguasaan teknologi, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) terus diberi penekanan dalam usaha memperkukuh kompetensi tenaga...
MELAKA BELANJA DOKTOR NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDARAYA MELAKA 15 Oktober - Doktor di negeri ini berpeluang menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena sambutan Hari...
KESIHATAN MENTAL, FIZIKAL WARGA KERJA JADI FOKUS MAIM
AYER KEROH 15 Oktober - Memupuk kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan mental dan fizikal dalam kalangan warga kerja menjadi fokus...
MISI LAHIR GENERASI AL-QURAN PENGGERAK UMMAH, KADJ PERLUKAN SOKONGAN
KOTA LAKSAMANA 14 Oktober - Usaha melahirkan generasi celik al-Quran yang mampu menjadi penggerak ummah mendorong Persatuan Kebajikan dan Pendidikan...
KHAIDHIRAH TAWAR DIRI PERTAHAN DUN RIM
AYER KEROH 14 Oktober - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar menawarkan diri untuk mempertahankan...
‘KAK SOM’ TUNAI JANJI, SRA JAIM BACHANG KINI DALAM PEMBINAAN
PENGKALAN BATU 14 Oktober - Penantian lebih 20 tahun penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu untuk menikmati kemudahan Sekolah...
