
Wanita disyaki pukul suami sehingga mati direman seminggu
JOHOR BAHRU, 16 Julai – Seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di sini direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman hingga 22 Julai terhadap wanita berumur 36 tahun yang bekerja sendiri itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melody Woon Sze Mun di sini hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagi kes positif dadah pula, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kejadian 7.50 pagi semalam, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga bekerja sendiri ditemukan maut dengan muka dan kepala mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul.
Lebih sejam kemudian, polis menahan seorang wanita dipercayai isteri kepada mangsa berhampiran kawasan kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dilaporkan berkata wanita berkenaan didapati berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan ujian saringan yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PECUTAN AKHIR PRN, HAMEED DEKATI 2,000 PENGUNDI LUAR AYER LIMAU
AYER LIMAU 11 November - Peningkatan hampir empat kali ganda jumlah pengundi luar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau...
SWM KONGSI KECERIAAN DEEPAVALI BERSAMA 50 PENGHUNI RUMAH KEBAJIKAN
DUYONG 11 November - Seramai 50 penghuni Rumah Kasih Sayang Angel, Taman Sinn Semabok, di sini, diraikan menerusi program SWM...
225,000 KANAK-KANAK IKUTI PRA TAHFIZ KEMAS, LEBIH 9,000 KELAS DI SELURUH NEGARA
PANTAI KUNDOR 11 November - Seramai 225,000 kanak-kanak di seluruh negara kini mengikuti program Pra Tahfiz anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat...
KONVOI MOTOSIKAL, FLASH MOB SEMARAK SOKONGAN BUAT ROSLI – AB RAUF
KUALA LINGGI 11 November – Anak muda bermotosikal dipelawa untuk bersama-sama berkonvoi mengelilingi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi...
PRN MELAKA: HAMPIR 95 PERATUS KELUAR MENGUNDI AWAL, ISYARAT POSITIF SAMBUTAN PENGUNDI
AYER LIMAU 11 November - Kadar keluar mengundi awal yang hampir mencecah 95 peratus semalam disifatkan sebagai perkembangan amat membanggakan...
‘DEMI MASJID, APA SALAHNYA MOHON RM700,000 DARIPADA PMX?’ – HELMY
DUYONG 11 November - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mempertahankan...
