
Wanita disyaki pukul suami sehingga mati direman seminggu
JOHOR BAHRU, 16 Julai – Seorang wanita yang disyaki memukul suaminya sehingga mati di Flat Nipah, Taman Daya di sini direman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman hingga 22 Julai terhadap wanita berumur 36 tahun yang bekerja sendiri itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Melody Woon Sze Mun di sini hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagi kes positif dadah pula, wanita itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam kejadian 7.50 pagi semalam, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga bekerja sendiri ditemukan maut dengan muka dan kepala mengalami kecederaan, dipercayai diserang menggunakan objek tumpul.
Lebih sejam kemudian, polis menahan seorang wanita dipercayai isteri kepada mangsa berhampiran kawasan kejadian.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dilaporkan berkata wanita berkenaan didapati berada di bawah pengaruh dadah berdasarkan ujian saringan yang mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 100 INISIATIF PERKASA ANAK MUDA MELAKA
AYER KEROH 5 September - Lebih 100 inisiatif telah digerakkan Kerajaan Negeri sepanjang tiga tahun lalu bagi memperkasa pembangunan anak...
MELAKA SEDIA 8 ‘RIDER PITSTOP’, TAMBAH 4 LOKASI E-HAILING
AYER KEROH 4 September - Kerajaan Negeri Melaka terus memperkasa kebajikan komuniti P-Hailing dan e-hailing menerusi penyediaan lapan pusat rehat...
MELAKA SUBURKAN SEMANGAT ANAK MUDA
AYER KEROH 5 September - Semangat Anak Muda Melaka terus disuburkan menerusi Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 yang menjadi...
MELAKA UMUM ‘MANIS-MANIS’, TIGA IKHTIAR BANTU ‘ABANG RIDER’
AYER KEROH 5 September - Bagi meringankan beban komuniti P-Hailing yang menjadi antara tonggak ekonomi penting Negeri Melaka, Ketua Menteri...
TOK RAUF HADIAHKAN 20 ‘RIDER’ OKU HELMET EDISI TERHAD
AYER KEROH 4 September - Seramai 20 orang kurang upaya (OKU) yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan di negeri ini...
‘ABANG RIDER’ MELAKA DAPAT DISKAUN 30 PERATUS SERVIS MOTOSIKAL BERMULA 1 OKTOBER
AYER KEROH 4 September - Komuniti p-hailing Melaka bakal menikmati diskaun 30 peratus bagi perkhidmatan penyelenggaraan motosikal di bengkel terpilih...
