
Tiga rumah daif dibaik pulih
PAYA RUMPUT 21 Julai – Sebanyak tiga buah rumah yang usang dan daif di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan dibaik pulih dalam masa terdekat.
Kerja baik pulih itu akan dijalankan menerusi peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan diuruskan GiatMARA.
Setiausaha JAPERUN Paya Rumput Mohd Khawari Fazmi Zulkefli berkata, kerja itu membabitkan dua kediaman di Kampung Lanjut Manis sementara itu sebuah lagi di Kampung Tanah Merah.
Menurutnya inisiatif itu merupakan antara usaha dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Rais Yasin, bagi membantu masyarakat B40 tinggal di kediaman yang lebih selesa.
“Baru-baru ini, pemimpin setempat dan GiatMARA telah mengadakan lawatan ke rumah yang akan dibaik pulih bagi melihat senarai keperluan dan kerosakan yang dialami.
“Tiga rumah yang dipilih itu dihuni keluarga B40 dan ia merupakan antara agenda membantu penduduk memerlukan di DUN Paya Rumput.
“Alhamdulillah peruntukan baik pulih itu telah diluluskan KPLB dan GiatMARA akan menjalankan kerja-kerja pembaikan dalam masa terdekat,” katanya.
Beliau menambah, kerja-kerja baik pulih itu dijangka tidak mengambil masa yang lama dan berkemungkinan siap pada tahun ini juga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
DELEGASI AFRIKA-ASIA JATUH HATI DENGAN MELAKA
MACHAP JAYA 13 Ogos - Keramahan rakyat dan pengalaman melihat sendiri pembangunan komuniti di Melaka menjadi kenangan bermakna buat delegasi...
PERZIM BAWA GENERASI MUDA SELAMI SEJARAH KEMERDEKAAN
TELOK MAS 13 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) membawa kisah perjuangan tokoh kemerdekaan, sejarah negara serta permainan tradisional kepada...
GELANGGANG BADMINTON SATUKAN WANITA
AYER KEROH 13 Ogos - Penglibatan aktif golongan wanita dalam bidang sukan bukan sahaja membantu meningkatkan tahap kecergasan fizikal, malah...
